"MAY THE ONE FOR WHOM YOU HAVE LOVED ME, LOVE YOU, IN RETURN"

"MAY THE ONE FOR WHOM YOU HAVE LOVED ME, LOVE YOU, IN RETURN"

~WAHAI JIWAKU~

" Ya Allah, letakkanlah dunia ini di tapak tangan ku tapi bukan di hati ku"

" Ya Allah, janganlah KAU uji aku dengan sesuatu yang tak mampu aku tempuhi, dan andainya KAU berikan aku ujian, maka kepilkan bersama ujian itu kekuatan untuk ku tempuhinya"

Wednesday, April 27, 2011

SEDARLAH WAHAI MANUSIA

Sabda Rasulullah s.a.w mengenai perkara berkaitan ZINA


"Sesiapa yang berjabat tangan dengan wanita yang haram baginya, pada hari kiamat kelak, tangannya akan diikat hingga ke tengkuk dengan rantaian dari neraka.


Sesiapa yang mencium (mengucup) wanita yang haram baginya, malaikat Zabaniah akan meminjamkan bibirnya dari neraka (untuk dikucup).


Sekiranya berzina dengannya (wanita haram) dua pahanya kan berkata di hadapan Allah Taala : "Aku telah melakukannya ini dan ini...." Allah Taala akan memandangnya dengan pandangan kemurkaan. Daging mukanya akan luruh dan hanya tulang-tulang muka sahaja akan tinggal tanpa daging. Allah Taala akan berfirman kepada daging: " Kembalilah dengan izinKu! Maka, daging itu kembali ke muka. Ia kekal dimuka di dalam keadaan terlalu hitam dari kubur dan kegelapan.


Hamba cuba takbur di hadapan Allah Taala lalu berkata : "Aku tidak membuat dosa kepadaMu, wahai Tuhan" buat selama-lamanya.


Allah Taala berfirman kepada lidah: "Engkau menjadi bisu!" Maka dengan serta merta, lidah menjadi bisu.


Tangan berkata: "Tuhanku! Aku pernah mengambil benda yang haram." Mata pula berkata: "Aku telah melihat perkara yang haram." Kaki juga berkata: "Aku berjalan di tempat yang haram." Kemaluan berkata: "Aku Telah melakukannya dan aku telah melakukannya."
Berkata pula malaikat penjaga: "Aku telah mendengarnya." Malaikat penulis juga berkata: "Aku telah menulisnya." Bumi juga turut berkata: "Aku telah melihatnya." Allah Taala berfirman pula: "Demi Aku, Demi keAgunganKu dan demi keTinggianKu, Aku membawanya dan menutupnya. Wahai Malaikatku! Tangkaplah dia dan lemparkan dia di dalam azab. Aku memurkainya. KemurkaanKu akan memuncak bagi mereka yang menderhaka kepadaKu dan orang-orang yang kurang malu terhadapku."


Sedarlah Wahai Manusia yang sering melakukan dosa. Bangkit dan bangunlah dari penghinaan dan kejahatan diri sendiri. Tiada siapa dapat memberikan pengampunan selepas mati. Semua anggota akan menjadi saksi dan tiada lagi jalan untuk melakukan penipuan. Semuanya akan terbongkar satu persatu di hadapan Tuhan pencipta sekelian alam.


Wallahualam 

Umurnya tinggal enam hari sahaja lagi

Di dalam sebuah riwayat menceritakan mengenai seorang pemuda yang tampan telah menemui nabi Daud a.s. Dia telah memberi salam kepadanya sedang nabi Daud a.s sdang bertakhta seperti pengantin di malam pertama.

Malaikat maut masuk dan duduk di sisi nabi Daud a.s dan bertanya, "Adakah kamu mengenalinya wahai nabi Daud a.s? Nabi Daud a.s menjawab, "Ya! Seorang pemuda beriman yang menyintaiku. Kadang-kadang, dia ingin masuk ke istana dan melihatku." Malaikat Maut berkata, "Wahai Daud! Sesungguhnya, umurnya hanya tinggal enam hari sahaja lagi."

Nabi Daud menantinya dan baginda dapati umurnya telah melewati enam bulan tetapi belum lagi mati.

Malaikat Maut datang menziarahi nabi Daud a.s. "Wahai Malaikat Maut! Kamu kata hanya tinggal 6 hari sahaja lagi?" Malaikat Maut menjawab,  "Ya! Ketika umurnya melewati setahun dan aku ingin mengambil rohnya." Allah Taala berfirman, "Wahai Malaikat Maut! Lepaskan hambaku!" Sesungguhnya pada suatu malam dia telah keluar dan berjumpa dengan seorang fakir yang terdesak. dia telah memberikan zakat dengan hartanya. Fakir tersebut merasa gembira dan mendoakannya, "Allah Taala akan memanjangkan umurmu dan menjadikanmu sebagai sahabat nabi Daud a.s. di syurga keesokan harinya"


Permintaannya telah dikabulkan selepas dia menunaikan zakat hartanya dan bergembira. "Sesungguhnya Aku telah mewajibkan baginya enam hari kepada enam puluh tahun. dan, Aku telah menambahkannya dari sisiku lebih sepuluh tahun. Aku tidak akan mengambil rohnya melainkan sempurna ajalnya. dan sesungguhnya, Aku telah menentukan baginya sebagai sahabat kepada Daud di dalam syurga."


Maha Suci Allah Taala yang Maha Mulia.

Sabda Rasulullah s.a.w. :

"Setiap hari, akan turun daripada langit tujuh puluh dua kelaknatan. Satu kelaknatan untuk orang yahudi. Satu kelaknatan untuk orang kristian. Tujuh puluh laknat lagi kepada orang yang enggan membayar zakat. Setiap harta yang tidak ditunaikan zakat, tuan punya harta tersebut akan menjadi jahat dan hartanya akan disimpan (dijaga) oleh syaitan. Dan, setiap harta yang diberikan zakat, tuan punya harta tersebut, apabila dia mati dan harta yang berada di tangan waris telah dibersihkannya (zakat) atau belum, para malaikat akan sentiasa menulis baginya kebaikan hingga ke hari kiamat. Sekiranya para warisnya menunaikan zakat pada harta yang diwariskannya, tidak akan terhapus dari memukulnya. Tiada seorang daripada hamba ynag mengeluarkan zakat harta dengan jiwa yang bersih, melainkan dia akan datang pada hari kiamat denagn sekalung ikatan di lututnya ynag bercahaya. Orang mukmin akan memuliakan cahaya tersebut di hari kiamat sehingga dia pergi melintasi titian dengan diiringi cahaya tersebut. Dia akan memasuki syurga besrta dengan cahaya tersebut. Tiada seorang pun dari seorang hamba yang enggan membayar zakat, melainkan dia akan datang pada hari kiamat dengan seutas kalung dari api nereka. Sekiranya kalung tersebut diletakkan di dalam dunia, nescaya akan terbakar seluruh dunia. Gunung-ganang akan hancur dan air lautan akan kering."

Sebelum perkara yang akan menimpa manusia di hari kiamat menimpa diri kita, eloklah bagi kita semua bertaubat kepada Allah Taala. Sesungguhnya, Allah Taala itu, Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat.

Thursday, April 14, 2011



Salah satu perkara yang sering mengganggu kerjaya kita adalah “MENGANTUK”.. Menguap merupakan ciri2 orang yang mengantuk. Sebenarnya ia merupakan gangguan syaitan yang menginginkan kita lalai dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita.


 Maka di sini ingin saya kongsikan tips dari Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam untuk menangani gangguan syaitan ketika “MENGANTUK” yang menyerang melalui senjatanya “MENGUAP”.


HADIS TENTANG MENGUAP :

الْعُطَاسُ مِنَ اللّهِ , وَالتَّثَاؤُبُ مِنَ الشَّيْطَانِ , فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَضَعْ يَدَهُ عَلَى فُيْهِ , وَإِذَا قَالَ : آهْ , آهْ , فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَضْحَكُ مِنْ جَوْقِهِ . وَإِنَّ اللّهَ عز جل يُحِبُّ الْعُطَاسَ , وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ .

"Bersin itu dari Allah dan menguap itu dari syaitan. Jika salah seorang kalian menguap, maka tutuplah mulutnya dengan tangannya dan jika ia mengatakan `aaah..' , maka syaitan tertawa di dalam perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap." (Hadis riwayat. At-Tirmidzi )

FAEDAH DARI HADIS:

1. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahu kita bahawa menguap berasal dari syaitan gangguan Syaitan.


2. Oleh itu, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap :


a. Berusaha menahannya sedaya upaya.
Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam :
"Apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, hendaklah ia berusaha menahan menguapnya sedaya mampu kerana ia boleh menyebabkan syaitan masuk." (Hadis riwayat. Muslim)


b. hendaklah kita menutup mulut (samada dengan tangan kiri atau kanan, depan atau belakang, kerana Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak menetapkan mana2 bahagian),
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),
“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka) .” (Hadis Riwayat Muslim)


c. Elak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap. Seperti “Haaaaaah” Kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa. (mungkin sebab tulah ada orang terdengar hantu2 ketawa di banggunan baru ijn :-).


d. Elakkan juga mengangkat suara ketika menguap.


Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),
“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)


Maka, apabila anda bebas dari gangguan syaitan, anda pasti dapat melaksanakan tanggungjawab anda dengan cemerlang….


InsyaAllah.


JANGAN!



Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya


Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.


Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan....
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.


Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.


Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..


Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.


Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.


Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.


Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.


Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.


Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !!


Wassalam

'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun'
(Sabda Rasulullah SAW)

Wednesday, April 13, 2011

Ambil iktibar


Abul Laits berkata: "Ayahku menceritakan: "Bahawa diantara para Nabi yang bukan Rasul itu ada yang menerima wahyu dalam impian dan ada yang hanya mendengar suara, maka ada Nabi yang menerima wahyu dengan mimpi itu, pada suatu malam ia bermimpi diperintahkan: "Jika engkau keluar diwaktu pagi maka pertama yang kau lihat (hadapi) maka makanlah, dan yang kedua sembunyikan dan yang ketiga terimalah dan keempat jangan kau putus harapannya dan yang kelima larilah daripadanya."

Maka pada esok harinya yang dihadapinya ialah bukit hitam besar, maka ia terhenti bingung sambil berkata: "Aku diperintahkan makan apa yang aku hadapi ini." lalu ia sedar dan berkata: "Tuhan tidak menyuruhku sesuatu yang mustahil dan tidak dapat dilaksanakan." Maka ia berjalan menuju kebukit itu untuk memakannya dan ketika ia mendekat tiba-tiba bukit itu mengecil sehingga sebesar satu suap dan ketika dimakan terasa manis bagaikan madu, maka ia mengucapkan Alhamdulillah

Lalu berjalan lagi dan bertemu pula dengan mangkuk emas dan ia ingat ini harus disembunyikan, maka ia menggali lubang dan menanam emas itu dan ditinggalkannya, akan tetapi tiba-tiba mangkuk itu keluar dari dalam tanah lalu ditanam algi dan keluar lagi sehingga ketiga kali hal keadaan ini berlaku. Maka dia berkata: "Saya telah melaksanakan perintah.

maka ia terus berjalan dan tiba-tiba ada burung kecil sedang dikejar helang dan burung itu berkata: "Ya Nabiyallah, tolong aku." Lalu diterima dan dimasukkan dalam bajunya maka datang helang itu dan berkata: "Ya Nabiyallah, saya lapar sejak pagi dan saya mengejar buruanku itu, kerana itu jangan kau patahkan harapanku dan rezekiku." Nabi merasa yang keempat tidak boleh diputuskan harapannya tetapi ia bingung untuk menyelesaikannya, kemudian ia mengambil pisau dan memotong sedikit daging pahanya dan diberikan kepada helang itu sehingga terbang. Lalu burung itu dilepaskan. 

Dan kelima ia melihat bangkai yang berbau, maka ia lari daripadanya. Maka pada malam hari ia berdoa: "Ya Tuhan, aku telah melaksanakan perintahMu, maka jelaskan bagiku semua itu." Maka ia bermimpi: "

  • Bahawa yang pertama kau makan itu ialah amarah pada mulanya nampak sebesar bukit tetapi pada akhirnya jika sabar dan ditahan menjadi lebih manis dari madu.
  • Kedua, amal perbuatan (budi) walaupun kau sembunyikan, maka ia tetap akan nampak
  • Ketiga, jika diamanati orang, maka jangan kianat padanya
  • Keempat, jika ada orang minta padamu maka usahakan untuk membantu padanya meskipun kepadamu sendiri berhajat
  • Kelima, Ghibah, maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul untuk ghibah (mengumpat orang_

Dari Nabi Muhammad s.a.w., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah s.w.t. telah memberikan lima wasiat, antaranya :

· Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
· Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
· Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
· Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
· Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail. 



Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah s.w.t..Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

· Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
· Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.
· Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
· Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
· Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
· Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya. 

· Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah s.w.t. daripadanya." 

Nafsu yang degil

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke 13 Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan akal, maka Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah s.w.t., kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."
 

  Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah s.w.t. menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakahAku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah s.w.t. menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

  Lalu Allah s.w.t. menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

  Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah s.w.t. mewajibkan puasa.

  Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah. 



*sebarkan =)

Wednesday, April 6, 2011

Ya ALLAH, Ku mohon Selalu

Ya Allah ampuni dan maafkan kesalahan2 dan dosa2 yg telah, sedang dan yang akan ku lakukan. Karuniakanlah kepadaku rahmatMu dan redhaMu pada apa yg telah, sedang dan yang akan aku lakukan.
Ya Allah sesungguhnya tiada kemenangan, yang ada hanyalah pemberianMu bagi hamba2Mu yg KAU kasihi.. Kau berikan petunjuk bagi siapa yg Kau kehendaki dan Kau sesatkan siapa yang Engkau kehendaki.
Ya Allahku aku berlindung kepadaMU dari sifat petantang petenteng, sikap ujub krn karuniaMu, dan sikap berbangga-bangga dengan segala pemberianMu. Bantu aku ya Allah dalam menjalankan semuanya ini. Anugerahi kepadaku kekuatan, perlindungan, penjagaan, pemeliharaan dan pertolonganMu dalam menghadapi keluarganya.
Ya Allah, hanya Engkaulah yang maha mengetahui dan yang mempunyai urusan serta kehendak.
Aku memohon petunjuk dan bimbinganMu atas urusan ini. Ridhoi apa yg telah, sedang dan yg akan ku lakukan ya Allah, sertakan juga ampunan dan maafMu bersama keridhoanMu itu.
Aku berlindung kepadaMu ya Allah dari kejahatan nafsuku dan buruknya amal perbuatanku. ‎​​أمـــــين يارب العالمي
Ya Allah, apapun yang terjadi padaku, tolong tutupi segala yg akan menjadikan keluargaku khawatir ataupun sedih. Anugerahi kepada mereka ampunan dan maafMu, karuniakan kekuatan dan lindungi mereka ya Allahku.

The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History



At some famous Non-Muslims said about Prophet Muhammad?

Michael H. Hart of USA who wrote "The 100 most influential persons in history" and placed Prophet Muhammad (peace and blessings of God be upon him) as number one, on the top of the list

"My choice of Muhammad to lead the best of the world's most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular levels.

His complete biography has been authenticated and circulated amongst scholars around the world starting while he was still alive and continuing up until today. One of the first examples we quote from is from the Encyclopedia Britannica, as it confirms:

(Regarding Muhammad) "... a mass of detail in the early sources shows that he was an honest and upright man who had gained the respect and loyalty of others who were likewise honest and upright men." [Vol. 12]

Reverend R. Bosworth-Smith wrote in "Mohammed & Mohammedanism" in 1946:

"Head of the state as well as the Church, he was Caesar and Pope in one; but, he was pope without the pope's claims, and Caesar without the legions of Caesar, without a standing army, without a bodyguard, without a palace, without a fixed revenue. If ever any man had the right to say that he ruled by a Right Divine, it was Mohammad, for he had all the power without instruments and without its support. He cared not for dressing of power. The simplicity of his private life was in keeping with his public life."

George Bernard Shaw:

"I believe that if a man like him were to assume the dictatorship of the modern world, he would succeed in solving the problems in a way that would bring the much needed peace and happiness. Europe is beginning to be enamored of the creed of Muhammad. In the next century it may go further in recognizing the utility of that creed in solving its problems." (A Collection of writing of some of the eminent scholars, 1935).

Lamartine's tribute to the Prophet:

"If greatness of purpose, smallness of means and astounding results are the three criteria of human genius, who could claim to compare any great man in modern history with Muhammad?" (Histoire de la Turquie, 1855).

Gandhi:

"I wanted to know the best of one who holds today undisputed sway over the hearts of millions of mankind... I became more than convinced that it was not the sword that won a place for Islam in those days in the scheme of life. It was the rigid simplicity, the utter self-effacement of the Prophet, the scrupulous regard for his pledges, his intense devotion to his friends and followers, his intrepidity, his fearlessness, his absolute trust in God and in his own mission. These and not the sword carried everything before them and surmounted every obstacle. When I closed the 2nd volume (of the Prophet's biography), I was sorry there was not more for me to read of the great life."

English author Thomas Carlyle in his 'Heroes and Hero Worship', was simply amazed:


"How one man single handedly, could weld warring tribes and wandering Bedouins into a most powerful and civilized nation in less than two decades."


EWolfgang Goethe, perhaps the greatest European poet ever, wrote about Prophet Muhammad, peace be upon him. He said:


"He is a prophet and not a poet and therefore his Quran is to be seen as Divine Law and not as a book of a human being, made for education or entertainment." [Noten und Abhandlungen zum Weststlichen Dvan, WA I, 7, 32]

Muhammad, peace be upon him, was nothing more or less than a human being, but he was a man with a noble mission, which was to unite humanity on the worship of ONE and ONLY ONE GOD and to teach them the way to honest and upright living based on the commands of God. He always described himself as, 'A Servant and Messenger of God' and so indeed every action of his proclaimed to be.



other links ; http://en.wikipedia.org/wiki/The_100

ISLAMIC BLOG < PLEASE ENTER FOR ISLAM




VISIT,FOLLOW AND DOWNLOAD MORE ISLAMIC VIDEO HERE !

Its the awakening moment for whole world. Now is the time that everyone must know the truth before its too late.
See the truth that is right before you. We offer you the RED pill. Wakeupproject is for those who function outside the box. This is an outlet for people of all races, all cultures, all backgrounds to come together to discuss, debate, conspire, and unite. Feel free to submit your own post at wakeupproject. If you email them, they will be posted at our discretion. Send your post totheprojectwakeup@gmail.com. please support wake up project by promoting this website. WakeupProject wikipedia links are provided below. You can send link of wakeup project to your friends and family. Free yourself, let your voice be heard, open your eyes and WELCOME to the Project:Wake-Up!
If you want to know more about WakeUpProjectthen please visit our Wikipedia page. Its is part of Wikipedia encyclopedia.

You can also visit wikiislam for info on The Arrivals.

The WAKE-UP PROJECT is brought to you by "The Awakening"

::COPIED::

Daripada Musibah, Menjadi Anugerah Andai Positif!


Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Dengan Musibah yang Allah berikan, bersangka baiklah, dan berpositiflah:
1. Dengan musibah, manusia umumnya akan berdoa. Berdoa itu PAHALA.
2. Dengan musibah, manusia umumnya akan merasa rendah diri, insaf dan bertaubat. Ia juga PAHALA.
3. Dengan musibah, manusia memperbaiki diri lalu meninggalkan kejahatan dan melaksanakan kebaikan. Ia PAHALA.
4. Dengan musibah, manusia belajar dari kesilapan. Ia menjadi ILMU dan GURU paling BERMAKNA.
5. Dengan musibah, manusia akan bersabar berdasarkan iman. Bersabar mendatangkan PAHALA
6. Dengan musibah, manusia akan mengingati pencipta, yakni Allah. Ia PAHALA.
7. Dengan musibah, manusia mengingati kematian. Ia Pelembut Hati.

Semoga ia mendatangkan manfaat, dan menjadi amal jariah ketika kita di pusara.
Insyaallah..

artikel : i luv islam.com

Tuesday, April 5, 2011

Suara tangisan di Pintu Syurga

Dikatakan bahawa, di pintu syurga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira  
melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui. Di atasnya ada kanak-kanak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh. Apabila mereka melihat ibu dan bapa mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera. Mereka memberi ibu dan bapa mereka minum kerana kehausan kiamat.  Mereka memasuki syurga bersama-sama. 

Hanya tinggal, kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka. Suara tangisan mereka semakin nyaring. Mereka berkata: "Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat bapa dan ibuku." 

Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah berkumpul. Mereka berkata: "Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia."
Malaikat berkata kepada mereka: "Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka."
Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata: "Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga Allah Taala mengampuninya dan menyatukan kami dengan mereka."

Demikianlah telah diberitakan , jangan ditangisi kepada anak-anak yang telah 'pergi',Sesungguhnya ia bukan pergi tapi 'kembali' kepada Sang Pencipta..Bergembiralah 'mereka' menantimu di jannah..
janganlah dizalimi anak-anak yang tidak berdosa..Kasihani dan sayangi mereka sepenuhnya..
Dunia hanya persinggahan.. Alam Akhirat kekal abadi. 
Wallahualam..


Jangan Rosakkan Alam | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Jangan Rosakkan Alam | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Friday, April 1, 2011

Peringatan Untuk Umat Islam Akhir Zaman


(pls mute video bawah sekali dahulu,sebelum 'play') =)

Dalam Sebuah Riwayat Hadis, dikisahkan..
Ketika itu baginda tengah duduk berkumpul bersama sahabat2nya..
Diantara para sahabatnya adalah Saidina Umar,Usman ,Ali, Abu Bakar dan yang lainnya…
Kemudian, baginda bertanya kepada para sahabatnya..


“Wahai sahabatku, tahukah kalian,, Siapakah hamba Allah yang mulia di sisi Allah..?”

Para sahabat terdiam..
Lalu kemudian ada salah seorang sahabat berkata…

“Para malaikat ya rasullullah, mereka yang mulia…”

Baginda berkata…
 “Ya,para malaikat itu mulia..mereka dekat dengan Allah,mereka sentiasa bertasbih,beribadat kepada Allah SWT. Tentulah mereka mulia.Tapi bukan itu yg kumaksudkan..”

Lalu kemudian para sahabat kembali terdiam..Tiba2 salah seorang sahabat kembali berkata..
“Ya Rasulullah, tentulah para nabi. Merekalah yg mulia itu..”

Nabi Muhammad tersenyum..baginda berkata..
“Ya para nabi itu mulia,mereka adalah utusan Allah di muka bumi.. Bagaimana mungkin mereka tidak mulia..Mereka mulia..Tapi ada lagi yang lainnya..”

Para sahabat terdiam,tertanya.. Siapa lg org yg mulia,hingga kemudian salah seorang sahabat berkata.. “Ya Rasulullah..Apakah kami  sahabatmu ini Ya Rasulullah?apakah kami yg mulia itu ya rasulullah…?

Baginda memandang wajah sahabatnya satu persatu, sambil tersenyum melihat para sahabat.
“Baginda berkata..tentulah kalian mulia.. kalian dekat denganku.. kalian membantu perjuanganku, bagaimana mungkin kalian tidak mulia? Tentulah kalian mulia..tapi ada lagi yang lainnya mulia..”

Para sahabat terdiam semuanya..mereka tidak mampu berkata apa2 lagi..
Tiba2 baginda menundukkan wajahnya..
Baginda menangis dihadapan sahabat2nya..
Para sahabat pun tertanya . “Mengapa kau menangis ya rasulullah..”
Baginda mengangkat wajahnya terlihat bagaimana airmata berlinang membasahi pipi dan janggutnya..

Baginda berkata..  “Wahai saudaraku,sahabatku..Tahukah kalian siapa mulia itu?
Mereka adalah manusia2..Mereka akan lahir jauh setelah wafatku nanti..Mereka begitu mencintai allah.. Dan tahukah kalian..Mereka x pernah memandangku..Mereka tak pernah melihat wajahku..
Mereka hidup tidak dekat denganku seperti kalian.. tapi mereka begitu rindu kepadaku..Dan saksikanlah wahai sahabatku semuanya.. Aku pun rindu kepada mereka.. Mereka yg mulia itu, mereka lah UMATku.”.
Baginda menitiskan air mata.. Saat itu semua sahabat menangis..

BISMILLAH-ir-RAHMAN- ir-RAHIM…….
Pembaca yang disayangi..
Sila pertanyakan diri kita..

SIAPAKAH YANG DIRINDUKAN BAGINDA?

SIAPA YANG DIDOAKAN OLEH BAGINDA SETIAP WAKTU?

Demi ALLAH…
PEJAM KAN MATA dan TANYA DIRI ANDA KEMBALI…
TANYA KE DALAM HATI HATI ANDA?

SUDAHKAN ANDA MENCINTAI NABI MUHAMMAD S.A.W?

BAYANGKAN SIAPA ICON MU..?
SIAPA IkON ANAK2MU..?
SIAPA DIOLA SAUDARA2MU SAAT INI?

LIHATLAH BAGAIMANA ANAK2 KITA SUDAH MELUPAKAN NABI MUHAMMAD..

MEREKA LALAI KEPADA BAGINDA NABI MUHAMMAD..

MEREKA TIADA ADA LAGI RASA CINTA KEPADA NABI MUHAMMAD..

MEREKA BANGGA DENGAN IkON ARTIS-ARTIS MEREKA..

MEREKA BANGGA DENGAN PARA PEMAIN BOLA SEPAK..




WAHAI SAUDARA-SAUDARAKU…

SUDAH BERAPA LAMA KITA HIDUP DIDUNIA INI? SUDAH BERAPA LAMA KITA TIDAK MENDIDIK ANAK2 KITA UNTUK TIDAK MENCINTAI NABI MUHAMMAD?

KALAU ANDA MENGAKU KITA UMMAT NABI MUHAMMAD..TOLONG TANYA DIRI SENDIRI..

SUDAHKAN KITA MENCINTAI NABI MUHAMMAD S.A.W..?

SUDAHKAH ADA AIR MATA YANG BERLINANG KERANA RINDU KITA KEPADA BAGINDA NABI MUHAMMAD??

SUDAH BERAPA LAMA KITA LALAI?

SUDAH BERAPA LAMA KITA LEKA HIDUP DI DUNIA INI?

SUDAH BERAPA LAMA KITA MELUPAKAN BAGINDA NABI MUHAMMAD S.A.W?

MARI HARI INI SAAT INI KITA HADIRKAN HIDUPKAN RASA CINTA DALAM HATI

SEMOGA KELAK DIHARI KEMUDIAN DI PADANG MASYAR KITA AKAN BERKUMPUL BERSAMA BAGINDA NABI MUHAMMAD


INSYAALAH~ (-__-)



Doa Taubat (Astaghfirullah) - Pelajar Madrasah Al-Junied Islamiah Singapura



Astaghfirullah Rabba Baraiya Astaghfirullah Mina Khataiya~