"MAY THE ONE FOR WHOM YOU HAVE LOVED ME, LOVE YOU, IN RETURN"

"MAY THE ONE FOR WHOM YOU HAVE LOVED ME, LOVE YOU, IN RETURN"

~WAHAI JIWAKU~

" Ya Allah, letakkanlah dunia ini di tapak tangan ku tapi bukan di hati ku"

" Ya Allah, janganlah KAU uji aku dengan sesuatu yang tak mampu aku tempuhi, dan andainya KAU berikan aku ujian, maka kepilkan bersama ujian itu kekuatan untuk ku tempuhinya"

Tuesday, August 16, 2011

pagi tadi tgh drive~ alhamdulillah dapat tambah ilmu..

Deejay siti & latifah bersiaran seperti biasa di radio..

Bilal Bin Rabbah

KEPELATAN
Bilal yg merupakan muazin pertama pernah dikritik akan kalimah 'Asyhadu....lallah~' sebutan 'asy' iaitu 'huruf syin' yang kedengaran 'Ass' huruf 'sot' menyebabkan ramai yg mempertikaikan akan kebolehan Bilal dan memaklumkan kepada rasulullah. Rasulullah sejurus menerima pendapat sebahagian dari mereka yang hendak menggantikan bilal dengan orang yang lebih baik sebutannya. Namun demikian Rasulullah yg mengenali dikalangan kaum 'habsyi' mempunyai kepelatan atau kesukaran menyebut huruf 'syin'.. dan kemudian Rasulullah bersabda "Allah tidak menilai sebutan tapi keikhlasan hati hambanya".. Subhanallah~ Hanya Allah Yang Maha Mengetahui hati manusia..

RIAK
Demikian juga dikisahkan ketika para malaikat di kerajaan langit gusar,suram dan kehairanan dek kesunyian subuh di bumi, tiada kedengaran laungan azan .. Lantas malaikat Jibril turun menemui Rasulullah mempertanyakan perihal itu. "Tidakkah kamu solat subuh ya rasulullah?"tanya Jibril. Rasulullah yang kehairanan menjawab mereka bersolat berjemaah seperti biasa. Lalu malaikat Jibrail pertanyakan kembali "tiada laungan azan berkumandang di langit". Rasulullah mula menceritakan akan tempat bilal digantikan sebentar oleh muazin yg lain atas sebab tertentu. Lalu Allah swt merungkai kedua2 persoalan mereka dengan : 'tidak diangkat kelangit laungan azan dari mua'zin yang mempunyai perasaan 'riak' walaupun setitik'..Nauzubillah~


Monday, August 8, 2011

TATKALA NABI ADAM AS dikeluarkan dari syurga lantaran hukuman Allah swt terhadapnya, beliau telah menangis selama 300 tahun. Beliau malu untuk mengangkat kepalanya ke langit. Dirasanya terlalu berat tanggungan atau bebanan kemurkaan Allah dari ‘kesilapan’ yang dilakukannya. Demi untuk membersihkan diri yang terlanjur itu, beliau sujud menyembam muka ke bumi selama 100 tahun. Dengan hati yang terlalu hiba, beliau menangis semahu-mahunya. Airmata keluar mencurah-curah hingga mengalir menuruni jurang di gunung tersebut. Bayangkanlah banyaknya airmata orang yang mengenangkan dosanya sehingga air itu dapat dinikmati oleh burung-burung yang berterbangan.
           Begitulah hati yang lembut, mudah sahaja mengalirkan airmata taubat. Bagi para Nabi dan rrasul dan juga orang-orang soleh, iaitu orang-orang yang bersih hatinya, dosa dan kesilapan yang kecil dirasakan seperti gunung yang akan menghempap. Sebab itulah mereka menangisi dosa-dosa mereka semahu-mahunya. Memang mereka berhati-hati agar tidak melakukan dosa, namun sebagai manusia biasa, tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.
           Saiyidina Umar Al-Khattab (ra) apabila terdengar ayat-ayat Al-Quran tentang seksaan Allah swt, serta merta dia jatuh pengsan. Apabila dirawat oleh para sahabat, mereka dapati ada dua garisan memanjang di pipi beliau lantaran banyaknya airmata yang mengalir.
           Ka’bul Ahbar berkata: “Sungguh aku menangis kerana takut kepada Allah sehingga bertitisan, lebih aku sukai daripada aku bersedekah emas seberat timbangan diriku kerana tidak seorang pun yang menangis kerana takut kepada Allah Taala sehingga airmatanya berjatuhan di bumi kecuali dia tidak akan disentuh oleh api neraka.”
           Dengan rahmat Allah swt yang maha luas,cukup hanya dengan setitis airmata taubat, iaitu airmata kerana takutkan Allah swt, dapat menyelamatkan diri dari disentuh oleh api neraka.
           Justeru itu, marilah kita merenung ke dalam diri sejenak, berapa banyakkah kita telah menitiskan airmata kerana takutkan Allah swt? Kalaulah nabi adam yang hanya sekali tersilap/terlanjur itu menangisi kesilapan atau keterlanjuran sebegitu rupa, sepatutnya lebih-lebih lagilah kita yang memang sentiasa bergelumang dengan dosa.
           Tetapi tidak demikian yang berlaku, bahkan ada di antara kita yang masih boleh bergelak tawa dalam keadaan menderhakai Allah swt. Betapa biadapnya kita. Sudahlah buat dosa,sombong pula dengan Allah swt.
Yang lebih malangnya lagi, ada golongan yang merasa bangga melakukan perbuatan maksiat. Sehingga terpancar dari mulut mereka. “kalau semua orang nak masuk syurga,siapa yang nak masuk neraka.” Seolah-olah mereka sengaja menempah neraka dunia lagi. Wal’iyazubillah.
           Begitulah kalau hati sudah keras,usahkan hendak menitiskan airmata penyesalan, sebaliknya terasa diri 'gentlement’ dan ‘sporting’ tatkala melakukan dosa.
           Diterangkan dalam sebuah hadis, telah bersabda Rasulullah saw maksudnya :
           Apabila tiba hari kiamat, seorang hamba ditanya oleh Allah dan dihulurkan buku catatan amalannya. Di dalamnya,dia dapati banyak perbuatan dosa yang dilakukan. Maka dia berkata : 'Tuhanku, aku tidak mengerjakan semua dosa ini'. 
          Allah taala berfirman : “Sungguh, Aku mempunnyai beberapa yang boleh dipercayai.”
          Maka hamba itu berpaling ke kanan dan ke kiri dan tidak pula mendapatinya seorang saksi. Maka dia berkata : “ Wahai Tuhanku, di mana ada saksi?” Lalu Allah swt memerintahkan semua anggota badan hamba itu menjadi saksi baginya. Semua anggota badan pun menjadi saksi.
          Kata dua telinga: “Sungguh kami telah mendengar dan telah mengetahui bahawa sesungguhnya dia telah berbuat demikian.’
          Kata dua mata: ‘Sungguh kami telah melihatnya melakukan demikian.
          Dan demikian dua tangan dan dua kaki berkata: ‘Bahawa sebenarnya kami telah mengerjakan yang demikian.'
          Kata Faraj: ‘ Kami telah melacur!'
          Maka hamba itu dalam keadaan kebimbangan. Lalu Allah swt memerintahkan dia masuk neraka.
          Maka kelihatan dari mata kanan hamba itu sehelai bulu mata meminta izin kepada Allah Taala untuk berbicara. Allah swt pun member izin kepadanya.
          Kata bulu mata : ‘Wahai tuhanku, tidakkah Engkau telah berfirman,seorang hamba manapun, yag telah membasahi walau sehelai dari bulu matanya dengan airmata kerana takut kepada- Mu, maka Engkau selamatkan dia dari neraka.’
          Maka Allah Taala berfirman: ‘Ya, betul
          Lalu bulu mata berkata: ‘Saya telah menyaksikan bahawa sesungguhnya hamba yang berdosa ini telah membasahi aku dengan airmatanya kerana takut kepada Engkau.’
          Maka Allah swt memerintahkan dia masuk ke syurga. Kemudian ada suara berseru: ‘ketahuilah sesungguhnya fulan bin fulan telah selamat dari neraka hanya dengan sebab sehelai bulu mata dari kedua matanya.'
          Kenapa sampai begitu besar nilaian setitis airmata taubat?
          Kerana bukan sembarangan orang yang boleh untuk menitiskan airmata kerana takutkan Allah swt. Hanya orang-orang yang hatinya terlalu sensitive dengan kekuasaan Allah swt sehingga terasa takut dan terasa hebatnya Allah swt sahaja yang mampu berbuat demikian. Mereka inilah yang bila disebut tentang neraka, oleh kerana terlalu gerun dengan penyeksaannya maka akan mengalirlah airmatanya.
          Namun kebanyakan kita mudah menangis bukan kerana takutkan Allah swt, tetapi kerana putus cinta,berpisah dengan orang yang dikasihi, menangis apabila ditimpa bencana,menangis kerana gagal dalam peperiksaan, menangis kerana menonton drama atau wayang dan berbagai-bagai kerana yang lain. Yang kita takut, bukan saja airmata tersebut tidak dapat menyelamatkan kita dari neraka Allah swt kerana perbuatan tersebut. Seolah-olah kita tidak redha dengan ketentuan darri Allah swt. Demikianlah bezanya nilai setitis airmata.
          Berusahalah seboleh mungkin untuk menangisi dosa-dosa yang lalu. Moga-moga ia dapat menyelamatkan kita dari neraka Allah swt dengan rahmat-Nya. 




-HIMPUNAN KISAH ORANG2 SOLEH-

Tuesday, August 2, 2011

Nasyid oleh Fareast - Aman


BY FAREAST - AMAN

LAGU YANG SANGAT MENYENTUH HATI SAYA =)
meh sesame kita renung2kan ~


LYRICS -
Yang dulu ramainya kita miliki bersama
Ke mana hilangnya hidup yang bahagia
Kelembutan dalam bermesra
Kemanisan dalam bicara
Seni pekerti insan dunia
Si kecil kini merana yang tua rasa sengsara
Dalam sedar atau lena tiada hidup bersama

Persaudaraan lesu, kasih sayang kelabu
Mencium berdebu menjadi candu nafsu
Membangkai sanubariku tidak lagi cinta diburu
Yang ada cemburu melulu membunuh hatiku
Cintaku rinduku, jiwaku pada-Mu
Doaku pohon restu kasih-Mu sayang-Mu
Rahmat-Mu Tuhan Yang Satu
Kurniaan-Mu untuk hamba-Mu oh...

Gegak gempita bila segala berubah hala
Sandiwara bermula bermadah kata nista
Yang mana harus aku percaya
Wajah yang jujur berkata dusta
Gila kuasa tamak haloba pengaut harta dan sakit jiwa
Ikut ah... turut ah... ku sanggah...
Katamu janjimu tak perlu
Aku sahut ku berpaut tidak hasut bukan takut
Ku bukan pak turut

Kita harus bersatu, ayuh kita laungkan bersama
Suara keamanan sejagat manusia
Menyemaikan cinta, menyuburkan sayang
Agar dunia aman sentosa

Sayu satu sendu aku tahu itu mengganggu
Syahdu pilu jiwaku
Kerna cinta hanya tiba bila rasa kecewa
Hiba tanpa dirinya
Usah resah rasa susah endah pada tak gundah
Tumpah darah tak kisah
Bukankah insan telah dicipta saling kasihan untuk teguhkan
Kemanusiaan dan peradaban bukan alasan

Bukan pengkhianatan tapi keikhlasan dan kejujuran
Bukan pergaduhan bukan peperangan

Adakah mungkin, ada pemimpin mampu memimpin
Kami ingin dipimpin
Dari yang pedih, perih dan jerih
Harapkan kasih, sayang bukan ditagih
Harap yang keruh juga yang rapuh menjadi teguh
Mampu kita berteduh
Kacau beralih kini berkasih, sayang beragih
Nikmat Tuhan pengasih
Kedamaian keamanan

Kita harus bersatu, ayuh kita laungkan bersama
Suara keamanan sejagat manusia
Menyemaikan cinta, menyuburkan sayang
Agar dunia aman sentosa