"MAY THE ONE FOR WHOM YOU HAVE LOVED ME, LOVE YOU, IN RETURN"

"MAY THE ONE FOR WHOM YOU HAVE LOVED ME, LOVE YOU, IN RETURN"

~WAHAI JIWAKU~

" Ya Allah, letakkanlah dunia ini di tapak tangan ku tapi bukan di hati ku"

" Ya Allah, janganlah KAU uji aku dengan sesuatu yang tak mampu aku tempuhi, dan andainya KAU berikan aku ujian, maka kepilkan bersama ujian itu kekuatan untuk ku tempuhinya"

Tuesday, March 26, 2013

Keuntungan di dunia.. ganjaran besar di akhirat

Kalaulah sambil kita berniaga di kedai atau sambil kita bekerja di hadapan komputer atau sedang menguruskan tanah ladang lidah kita bertasbih maka disamping keuntungan di dunia ganjaran yang begitu besar di akhirat juga akan diperoleh.

Daripada Hazrat Ummi Hani r.anha katanya bahawa Rasulullah s.a.w lalu berhampiran dengan saya dan saya berkata " Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya telah tua dan lemah, tunjukkanlah kepada saya satu amalan yang boleh saya mengamalkannya sambil duduk-duduk." Rasulullah s.a.w bersabda, " Bertasbihlah kamu kepada Allah s.w.t (dengan mengucapkan SUBHANALLAH) 100x, sesungguhnya menyamai pahala seperti seratus ekor kuda siap berpelana dan berkekkang untuk ditunggang pada jalan Allah s.w.t dan besarkanlah Allah s.w.t (dengan mengucapkan ALLAHU AKBAR) 100x, sesungguhnya menyamai pahala seperti mengorbankan seratus ekor unta yang dimakbulkan oleh Allah s.w.t dan ucapkanlah 'LAA ILAHA ILLALLAH' 100x pahalanya memenuhi antara langit dan bumi dan tidak ada sesuatu amalan pun daripada seseorang yang diterima oleh Allah S.W.T yang lebih baik (daripada apa-apa yang kamu amalkan) melainkan seseorang yang beramal seperti yang kamu amalkan."

Hazrat Salma r.anha isteri hazrat Abu Rafi r.a juga pernah memohon daripada Baginda S.A.W supaya memberi kepadanya amalan yang ringkas dan tidak begitu panjang.

Rasulullah s.a.w bersabda,
 "Ucaplah, (ALLAHU AKBAR) 10 kali, Allah S.W.T akan menjawab, "Ini adalah untukKu"
Kemudian ucaplah (SUBHANALLAH) 10 kali, Allah S.W.T akan menjawab, "Ini adalah untukKu"
Kemudian bacalah (ALLAHHUM MAGHFIRLI) 10 kali. Allah S.W.T menjawab, "Ya, aku telah mengampunkan kamu." Sepuluh kali kamu mengucapkan (Allahhumaghfirli) , sepuluh kali Allah S.W.T akan menjawab bahawa Aku telah mengampunkan kamu)."
-Hadith riwayat Imam Ahmad
=')

Betapa mudah dan ringkasnya amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W untuk orang-orang yang lemah dan tua, khususnya wanita. Lihatlah untuk melakukan amalan yang ringkas ini tidak perlu bersusah payah, bergerak ke sana ke mari. Sedangkan pahala yang dijanjikan sangat besar. Betapa rugi jika amalan ini tidak diamalkan.

Ummu Sulaim r.anha berkata," Saya telah memohon kepada Rasulullah S.A.W, "Ajarkanlah kepada saya satu amalan supaya saya dapat memohon kepada Allah." Rasulullah S.A.W bersabda, "Bacalah 'SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKBAR' sepuluh kali dan selepas itu pohonlah apa-apa hajat yang kamu kehendaki. Dalam riwayat yang lain dengan tambahan, Allah S.W.T akan berfirman, "Ya,(aku telah terima doa kamu)." Betapa mudah dan ringkasnya lafaz-lafaz tersebut yang tidak perlu bersusah payah menghafalnya. Sepanjang hari kita habiskan waktu kita dengan bercakap yang sia-sia.

No comments:

Post a Comment