"MAY THE ONE FOR WHOM YOU HAVE LOVED ME, LOVE YOU, IN RETURN"

"MAY THE ONE FOR WHOM YOU HAVE LOVED ME, LOVE YOU, IN RETURN"

~WAHAI JIWAKU~

" Ya Allah, letakkanlah dunia ini di tapak tangan ku tapi bukan di hati ku"

" Ya Allah, janganlah KAU uji aku dengan sesuatu yang tak mampu aku tempuhi, dan andainya KAU berikan aku ujian, maka kepilkan bersama ujian itu kekuatan untuk ku tempuhinya"

Wednesday, June 23, 2010

KALAU MEMANG REZEKI ITU MILIKKU...

Telah ditanyakan kepada seorang zuhud (Abu Halim), apakah beliau tidak merasa
risau akan rezeki yang beliau perolehi. Maka jawab beliau…

“ Tidak. Kerana aku tahu kalau memang rezeki itu milikku, tentu ia akan
mendatangiku meskipun seluruh penghuni bumi cuba merebutnya dengan kemampuan
mereka. Dan kalau rezeki itu milik orang selain diriku, tentu aku tidak akan
boleh mendapatkannya meskipun aku menempuh jalan apa pun, sebab Allah
menjadikannya milik orang lain selain aku… “

Tapi, kisah ini bukanlah bermakna kita tidak perlu berusaha untuk mendapat apa
yang kita ingini. Apa yang cuba diperkatakan di dalam kisah ini adalah janganlah
kita merasa terlalu kecewa dan mempersoalkan kenapa kita tidak dapat apa yang
kita nak kerana…

“ Tiadalah suatu musibah yang terjadi di bumi dan tiada pula yang terjadi atas
dirimu sendiri kecuali sudah tercatat dalam kitab catatan di Lauh Mahfudh –
sebelum Allah laksanakan kejadian tersebut.  “
< Surah Al-Hadid>

Sesungguhnya hal yang demikian itu amat mudah sekali bagi Allah supaya kamu kamu
semua jangan sampai berdukacita terhadap apa yang terlepas dari tanganmu dan
tidak pula menjadi bangga terhadap apa yang diberikankan kepadamu. Dan ingatlah
bahawa Allah tidak mencintai setiap yang bongkak lagi membanggakan diri…

Oleh itu, jalanilah hidup kita sebaik yang mungkin. Berusahalah, berdoalah,
bertawakal dan selepas itu redhalah dengan apa yang kita perolehi…

Monday, June 21, 2010

" Sometimes it's good to just go with the flow and not stick out like a sore thumb"-scha-

DO IT YOURSELF !!

Hari ni sya sempat manjakan diri dengan buat facial.. x semestinya kita kena pegi treatment facial di kedai kan.. leh jugak buat sendiri kat rumah.. selesa dan lebih jimat.  =) pada siapa yang berminat.. Jom kita kongsi bersama ..
hehe, ok.. 
FACIAL SUSU & LEMON
:: facial ini bertindak untuk mengatasi masalah pigmentasi kulit selain membantu menanggalkan sel kulit mati. facial ini boleh dilakukan seminggu sekali. bagi sesiapa yang ada luka kat muka tu..adalah dinasihati agar tidak menggunakan facial ni.. Ataupun jangan sapu pada bahagian luka. 

BAHAN-BAHAN :
  • 1 sudu serbuk susu
  • 1 biji putih telur
  • 1 sudu perahan jus lemon
Cara:
  1. Campur kesemua bahan2 dan gaul sebati sehingga pekat
  2. Sapukan adunan pada wajah hingga ke leher
  3. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas bersih dengan air suam.
Selamat mencuba =)