"MAY THE ONE FOR WHOM YOU HAVE LOVED ME, LOVE YOU, IN RETURN"

"MAY THE ONE FOR WHOM YOU HAVE LOVED ME, LOVE YOU, IN RETURN"

~WAHAI JIWAKU~

" Ya Allah, letakkanlah dunia ini di tapak tangan ku tapi bukan di hati ku"

" Ya Allah, janganlah KAU uji aku dengan sesuatu yang tak mampu aku tempuhi, dan andainya KAU berikan aku ujian, maka kepilkan bersama ujian itu kekuatan untuk ku tempuhinya"

Thursday, March 31, 2011

Renovate ! Renew Hati Kita !



NAU'UZUBILLAH ~~
Agaknya kenapa hati memainkan peranan penting dalam menentukan siapa diri kita dan tindakan-tindakan dalam kehidupan kita? .Ini kerana iman itu letaknya di hati dan sejauh mana dan sedalam mana iman kita itu akan berkadar terus dengan corak kehidupan kita. Seandainya iman di hati kita kuat dan mantap, maka cahaya keimanan itu akan memandu pemikiran dan tindakan kita di atas jalan yang baik dan diredhai Allah dan seandainya hati yang menampung iman itu tidak bersih dan lemah, maka iman tidak dapat menetap dengan kukuh di dalam hati, ini seterusnya akan mengundang pemikiran dan tindakan-tindakan yang negatif dan tidak disukai Allah. Oleh itu,menjadi kewajiban kita untuk selalu membersihkan hati kita dari penyakit-penyakit hati dan sifat-sifat mazmumah agar hati kita sentiasa bersih dan seterusnya iman dapat menjadi teman setia dalam mengiringi setiap langkah dalam hidup kita.

Terdapat beberapa kaedah dan usaha-usaha yang perlu kita gerakkan dalam mencapai misi pembersihan hati ini dan perlaksanaan usaha ini hendaklah dilakukan dengan azam yang kuat dan tanpa ada masa untuk bertangguh-tangguh lagi. Ini kerana, apabila kita melambat-lambatkannya, maka akan bertambahlah penyakit-penyakit hati yang lain di hati, membiak dan terus menjadikan hati kita sebagai tempat permaustautin tetap. Di kala itu, hati yang yang pada mulanya hanya mempunyai satu dua titik hitam akan bertambah bilangannya dan seterusnya hitam keseluruhannya.

Dalam hadis Rasulullah yang bermaksud:

"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)

Mahukah kita mempunyai hati kotor seperti itu? Sudah pasti jawapannya tidak bukan?. Jadi usah biarkan hati kita menjadi hitam,hancur, kotor, rosak dan mati disebabkan ‘pendatang-pendatang haram’ yang masuk ke wilayah hati kita.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda maksudnya:
"Bahawa hati itu berkarat, seperti berkaratnya besi."

Lalu orang bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana membersihkanya?"

Jawab Rasulullah: "Membaca al-Quran dan mengingati mati." Membaca al-Quran dijelaskan di sini bagi membersihkan kekotoran di jantung yang didatangkan syaitan mengikut saluran darah.

Dari sabda Rasulullah s.a.w di atas, dapat kita tahu bahawa langkah utama dalam mengembalikan hati yang bersih dan suci ialah dengan membaca Al-Qur’an dan mengingati mati. Membaca Al-Qur’an hendaklah dilakukan sekali dengan mentadbur isi kandungannnya agar kita dapat memahami setiap ayat yang kita baca dan agar ketaqwaan kita kepada Allah semakin bertambah.

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan sebaliknya Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (Al-Isra’ :82)

Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata). (Fussilat :44)

Usaha-usaha lain yang boleh kita lakukan ialah dengan berfikiran positif selalu. Berfikiran positif amat penting supaya penyakit berburuk sangka kepada orang lain tidak wujud dalam kehidupan seharian kita. Apabila kita berfikiran positif, maka akan terhapuslah sifat suka berburuk sangka dan seterusnya sifat bersangka baik (husnuzh zhan) akan mengambil alih tempat di hati kita. Selain itu, berrfikiran positif juga akan menenangkan pemikiran dan hati kita daripada terus memikirkan perkara-perkara yang tidak benar.

Allah berfirman yang ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
(Q.S Al-Hujuraat : 12)

Rasulullah s.a. w pernah bersabda :
“Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta” (HR. Muttafaqun alaihi)

Apabila telah sampai kepada kita tentang informasi atau khabar negatif mengenai peribadi seseorang atau berita lain yang kita tidak pasti akan kebenarannya, maka kita seharusnya melakukan tabayyun (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya agar perkara yang berunsur dusta (tidak benar) dan fitnah tidak tersebar dan yang lebih penting agar hubungan ukhwah islamiyah antara kita tetap terpelihara.

Allah berfirman yang ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
(Q.S Al-Hujuraat : 6)

Rasulullah s.a.w bersabda :
“Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta." HR. Bukhari

Khalifah Umar bin Khattab menyatakan: Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan.

Langkah lain ialah dengan mengambil sedikit masa untuk muhasabah diri sendiri. Seringkali kita lupa untuk melakukan perkara ini padahal muhasabah dengan niat untuk menyelidiki apa yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita dan menginsafi diri amat penting ke arah menjadi hamba Allah yang lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Hanya dengan bermuhasabah tidak cukup, ini mestilah diikuti dengan usaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri menuju pembentukan diri yang lebih baik agar kesilapan yang sama tidak berulang buat kali ke dua.

Antara amalan-amalan lain yang boleh kita lakukan untuk membersihkan hati ialah dengan :
-Banyak mengingati Allah dengan berzikir.
-Memperbanyakan solat-solat sunat terutamanya solat taubat.
-Berdoa kepada Allah supaya hati bersih.
-Redha dengan ketentuan Ilahi. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.
-Jaga makanan supaya hanya bersumber dari rezeki yang halal, elakkan makan makanan yang syubhah.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh badan kamu, tidak juga kepada rupa kamu tetapi ia melihat kepada hati dan amalan kamu”. ( Hadis Riwayat Muslim).

ASAL USUL APRIL FOOL ? HARI MEMPERBODOHKAN UMAT ISLAM


Selain Valentines Day, terdapat satu lagi budaya barat yang meresap dalam diri umat Islam khusunya golongan muda iaitu Fool?s Day atau April Fool.

Jika Valentine Day disambut pada 14 Februari setiap tahun, maka April Fool pula berlaku pada 1 April setiap tahun.Mereka yang meniru budaya ini merasakan seri persekitaran itu akan hilang apabila peristiwa-peristiwa itu tidak diraikan. Apa yang dibimbangi ialah pemikiran seperti ini terus berleluasa hingga satu masa nanti, ada yang mengatakan ia tidak bertentangan dengan Islam. Disedari atau tidak, golongan muda menerimanya dengan membuta tuli tanpa usul periksa adakah ia bertentangan dengan batas syarak atau sebaliknya.

Menurut sejarah, Fools Day atau April Fool mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada ,Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian. Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.
Tentera Kristian ternyata tidak berpuashati dan cuba menghapuskan orang Islam dari bumi Sepanyol.

Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Di kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian
lagi sangsi dengan pemberitahuan itu.Mereka yang mempercayainya telah meninjau di pelabuhan dan berpuashati lalu memutuskan untuk bertolak pada keesokannya hari(1 April).

Keesokan harinya, mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar telah dibunuh tanpa mengira lelaki,perempuan atau kanak-kanak.

Peristiwa berdarah itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang kemudiannya menjadi acara tahunan. Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam merayakannya tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya meraikan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Masyarakat hari ini sebenarnya tidak mengetahui dengan jelas asal usul April Fool¡¯s. Selain boleh merosakkan akidah, budaya ini sebenarnya meniru gaya hidup kebaratan yang bertopengkan humor, gurauan,lelucon dan komedi. Bagi mereka, 1 April merupakan hari kejutan dengan berbagai perkara pelik,humor dan memalukan.

Namun apa yang dilihat hari ini ia banyak membawa unsur memalukan orang lain. Ia bukan sahaja memperbodohkan si pelaku tetapi juga yang menerima akibat bersesuaian dengan nama Fool itu sendiri yang bermaksud bodoh atau tolol. Jelas ia cuba menjatuh air muka dan martabat seseorang. Bagi yang bersikap selamba mungkin boleh menerima gurauan tersebut, tetapi bagi tidak dapat menerima pasti akan menyimpan persaan negatif dalam diri hingga akhirnya menjadi seorang yang pendendam hingga sanggup menjadi pembunuh. Ini merupakan sesuatu yang tidak diterima oleh landasan syarak.

Kita tidak wajar berkiblatkan budaya barat apatah lagi mengagungkannya kerana Islam agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya.Islam mempunyia adab dalam bergurau senda tanpa menganiyai orang lain.Selain menghormati orang lain, kita juga diwajibkan menutup keaiban orang
lain.

Bagi yang kurang memahami sejarah, mereka tidak merasakan apa-apa tentang budaya April Fool¡¯s tanpa menyedari bahawa ia merupakan satu penghinaan halus ke atas umat Islam.

Akhirnya, marilah sama-sama kita renungi sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
Kamu pasti akan mengikuti jejak-jejak orang-orang sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun, pasti kamu tetap mengikuti mereka?. Kami bertanya?Wahai Rasulullah SAW, Yahudi dan Nasrani?Baginda menjawab?Lalu siapa lagi(kalau bukan mereka)

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Disediakan Oleh:
Ust. Nordin bin Bayadi

SEDAR ATAU TIDAK APRIL FOOL KINI MENJADI BUDAYA MASYARAKAT KITA.. SEDANGKAN HARI INI DIRAYAKAN OLEH ORANG BARAT @ ORANG2 KAFIR..!! 

JADILAH ISLAM DENGAN KATA SEBENAR2NYA ISLAM,, BUKAN HANYA ISLAM PADA NAMA ATAU KETURUNAN ANDA..
ANDA BUAT ANDA DAPAT!

Wednesday, March 30, 2011

Kisah sahabat Nabi ; khalifah Umar Al-khatab

EPISOD 1

EPISOD 2

EPISOD 3

Tuesday, March 29, 2011

Pintu Rindu Siti Nurhaliza


Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x

Tidak ku temu mana pintu mu..
Untukku seru rasa rinduku..2x

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x

Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..2x

Sedang kau dekat bukan dimata..
Sentuhku erat di pinggir jiwa

Sedang kau dekat di pinggir jiwa..2x

Biarkan airmata melimpah..
Biarkan luluh cinta tercurah..

Segala kasih rindu tertumpah..
Seluruh hati aku berserah..

Ya Allah....

Ku tunggu waktu bila bertemu..
Hidup matiku hanya untukmu..2x

Hidup matiku hanya untukmu..

Friday, March 25, 2011

Di manakah kita?


Sejenak ku letakkan diriku ditempat mereka~
Ya Allah lindungi la mujahidin dan umat islam disana~ Sesungguhnya Engkau maha mengetahui apa yang tidak kami ketahui..

Ya Rasulullah... layakkah kami menjadi umatmu?

oh dunia..
kenapa ujian seberat ini?
Ya Allah..
Kembalikan kami ke jalanmu..
Ya Rasulullah..
Ku mohon syafaatmu...
T_T

Friday, March 18, 2011

DETIK RASULULLAH SEBELUM WAFAT

Entry kali ini sya bawakan untuk renungan kita bersama... video ini berkesinambungan dengan entry sya sebelum ini iaitu 'berapa sayang anda terhadap nabi?'... Semoga dengan video ini akan bertambah kasih sayang kita terhadap Rasulullah s.a.w ..
Amin




Thursday, March 17, 2011

Pemuda beribu bapakan babi

                    Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t.. Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t.. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?". Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

                        Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

                        Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

                        "Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t.. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

                        "Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t.masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

                        Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kamisediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga." Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

                        Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

                        Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah s.w.t. 
sumber : Himpunan Kisah Teladan

Kisah anjing-anjing Neraka

Anjing-anjing neraka

                        Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
· Bacalah Al-Quran
· Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.


                        Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah s.a.w., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?" Sabda Rasulullah s.a.w., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah s.w.t."

Berapa sayang anda terhadap Nabi kita?

(pls 'mute' video dibawah sekali sebelum mendengar video ini)
Untuk video yang lebih jelas , klik button segiempat sebelah kanan video ini.

Buat diri sya,teman muslimin dan muslimat ;
Hayati dan Renung-renungkan...

Seberapa kenal anda dengan Rasul junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w, kekasih Allah s.w.t?

Tahukah anda bahawa kesenangan,kemewahan yang kita kecapi adalah hasil dari pengorbanan baginda dan sahabat2 terdahulu..

Adakah kita mengamalkan sunnah(perilaku Muhammad s.a.w) yang baginda tinggalkan untuk kita..?











ALQURAN SEBAGAI PEMBELA .. BACALAH!

Al-quran yang usang dek terbiar dalam masjid .. Kitab yang kita letak tinggi berdebu dek bertahun2 jadi perhiasan kabinet untuk tatapan. Adakah itu cukup menandakan kita seorang muslim ..? Al-quran kini hanya tinggal tanda SAHAJA, hanya terlihat apabila dibawa sebagai hantaran buat bakal isteri dan suami.. dianggap suci dan pelindung rumahtangga, namun? apa yang terjadi selepas itu.......... 

Saya bawakan suatu kisah buat tauladan bersama :

                        Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah s.a.w. telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah s.a.w. memberitahu tentang kelebihan Al-Quran." Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. "Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

                        Maka berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu: "Adakah kamu Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah s.w.t. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran."

Renung-renungkan saudara dan saudari.. inilah kitab peninggalan Nabi Muhammad S.A.W yang kita sanjungi ke atas kita umatnya. Jangan sia-siakan peninggalan ini yang akan membawa kita kepada kehidupan yang harmoni dan hakiki iaitu disyurga. Bacalah untuk bekalan akhirat.. dan amalkan.. 





Wednesday, March 9, 2011

23 years ..........

Assalamualaikum.......
Alhamdulillah....... syukur ku panjatkan ke hadrat ilahi kerana masih memanjangkan umurku..
azam : LEBIH BAIK DARI SEMALAM , Jadi orang bertaqwa kerana Allah s.w.t dan Rasul..
Thanks a lot mama,ayah.. kalian sentiasa disisi memberi sokongan,galakan dan semangat sepanjang 23 tahun ini...Hanya ALLAH s.w.t yg mampu membalas segala pengorbanan kalian selama ini.. T_T
Syukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang harmoni.. kakak yang caring, adek2 yang menghiburkan.... helai tawa kalian sentiasa memecah hening rumah ^__^ heppy,, -bahagia
sahabat! kalian sentiasa menemani ku tatkala ku kesepian .. tidak terbalas oleh harta kerna ku insan biasa namun doa dan nasihatku sentiasa seiring kalian. .

2/3/..
23 .. my fav no..! semoga permulaan tahun ini beroleh kesenangan dan semoga aku terlepas dari masalah-masalah dan perjalanan hari-hariku dipermudahkan .......bukakan pintu rezekiku.. jauhkanlah aku dari pengaruh-pengaruh,kawan-kawan yang jahat. kurniakanlah aku kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka..Ya Allah,jaohkan la aku dari fitnah dan lembutkanlah hati-hati mereka ini..Ampunilah dosa-dosaku.. semoga aku tergolong dari hamba-hambamu yang beriman..