"MAY THE ONE FOR WHOM YOU HAVE LOVED ME, LOVE YOU, IN RETURN"

"MAY THE ONE FOR WHOM YOU HAVE LOVED ME, LOVE YOU, IN RETURN"

~WAHAI JIWAKU~

" Ya Allah, letakkanlah dunia ini di tapak tangan ku tapi bukan di hati ku"

" Ya Allah, janganlah KAU uji aku dengan sesuatu yang tak mampu aku tempuhi, dan andainya KAU berikan aku ujian, maka kepilkan bersama ujian itu kekuatan untuk ku tempuhinya"

Thursday, April 11, 2013

Sejarah Solat 5 Waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan seorang nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nnbi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberi pelindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s pun bersembahyang dua rakaat.


  1.  Rakaat pertama : Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
  2.  Rakaat kedua : Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahin a.s iaitu tatkala Allah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat,
  1. Rakaat pertama : Tanda bersyukur bagi penebusan.
  2. Rakaat kedua : Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
  3. Rakaat ketiga : Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
  4. Rakaat keempat : Tanda bersyukur kerana korbannya diganti dengan tebusan kib
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus atatkala baginda dikkluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan NUN. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

  1. Rakaat pertama : Kelam dengan kesalahan.
  2. Rakaat kedua : Kelam dengan air laut.
  3. Rakaat ketiga : Kelam dengan malam
  4. Rakaat keempat : Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s iaitu ketika baginda dikeluarkan Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa a.s, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
  1. pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang maha esa.
  2. Rakaat kedua : Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
  3. Rakaat ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiga.

ISYAK
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh  dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

  1. Rakaat pertama : Tanda dukacita terhadap isterinya.
  2. Rakaat kedua : Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
  3. Rakaat ketiga : Tanda dukacita terhadap firaun.
  4. Rakaat keempat : Tanda dukacita terhadap anak firaun.

Wednesday, April 10, 2013

PATUNG DIBUAT PERHIASAN


Tidak kira di mana sahaja, setiap masa dan tempat kita memohon supaya sentiasa di beri perlindungan dan keberkatan oleh Allah yang Maha Esa, sama ada di rumah, pejabat, kenderaan dan sebagainya. Ini kerana apabila sentiasa di bawah keberkatan Allah s.w.t, kita akan sentiasa dalam keadaan selamat dan sejahtera. Bagi mendapatkan keberkatan ini, Islam telah mengajar umat Islam untuk sentiasa melazimi berzikir, berdoa dan membaca al-Quran .

Namun begitu terdapat sebuah hadis yang memberitakan bahawa sesebuah rumah tidak akan dimasuki oleh malaikat jika terdapat anjing dan patung. Abu Talhah al-Ansari, ia berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada anjing dan patung".
(Riwayat Muslim)

Menurut ulamak, patung yang dimaksudkan ialah patung yang diletak atau digantung untuk tujuan perhiasan. Jika patung tersebut untuk dijadikan permainan maka ia dibolehkan(untuk kanak-kanak yang belum baligh). Perbuatan menggantung patung (berbentuk haiwan atau manusia) adalah menyerupai perbuatan agama lain yang menjadikan patung ini sebagai objek sembahan dan alat tawasul untuk memohon permintaan. Oleh sebab itu, bagi mengelakkan melakukan unsur-unsur syirik dan juga penghalang daripada malaikat rahmat masuk kedalam sesebuah tempat (malaikat maut tetap masuk), maka semua patung-patung yang dijadikan perhiasan tersebut perlu dibuang atau menjadi alat permainan sahaja.

Pada masa kini, kita dapati banyak patung sama ada kecil ataupun besar yang di letak dan di gantung untuk tujuan perhiasan seperti di dalam rumah dan meja pejabat dan sebagainya. Pelbagai istilah dan nama yang diberikan kepada patung-patung ini, seperti bear, hello kitti, dan seumpamanya. Begitu juga tidak ketinggalan, patung-patung ini di gantung di cermin-cermin kereta sebagai perhiasan, yang beranggapan kereta lebih nampak menarik dan anggun. 

Dan menjadi trend kini amalan meletakkan patung di bawah kereta seperti gambar di bawah.

Tapi tahu atau tidak menggantung objek serupa patung di kereta adalah trend pemilik teksi di negara thailand?? ini perkongsiannya, 





Sedarkah kita, jika merujuk hadis di atas, malaikat rahmat tidak akan masuk kereta, sebaliknya syaitan yang mengambil tempat malaikat tersebut. Mungkin kerana malaikat tidak masuk kenderaan, seterusnya tiada keberkatan daripada Allah s.w.t maka banyak berlaku kemalangan di jalan raya. Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak... Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah menSYIRIKkan Allah SWT....Wallahu a’lam.


Pesanan untuk diri dan rakan-rakan, yang mana ada letak/gantung patung teddy bear ke, HELLO KITTY ke, kalau boleh buangkan dan jadikan ia permainan untuk anak-anak. jangan jadikan perhiasan semata-mata. Semoga Allah mengampuni kita. 

Tuesday, April 9, 2013

JAGA HATI


"Sesungguhnya Aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah Yang menciptakan langit dan bumi, sedang Aku tetap di atas dasar Tauhid dan bukanlah Aku dari orang-orang Yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain)".                                                
(al-An’am: 79)

Kita sering baca ayat ini dalam solat kita, dalam kuliah ustaz telah mengupas tentang ayat ini, kita hadapkan wajah kita kepada Allah SWT dalam semua perkara kita lakukan ,bukan kepada selain dari-Nya. Apa maksudnya ni? Dalam setiap perkara kita kena buat adalah untuk Allah, untuk mendapat cinta dan redha Allah, kita kena yakin yang malaikat Allah, Raqib dan ‘Atid sentiasa mencatat akan perbuatan kita. Jadi, malulah kita sekiranya amalan jahat kita dihadapkan kepada Allah. Jadi, seluruh amalan kita, mestilah dihadapkan kepada Allah swt, jangan kita sesekali berpaling dari Allah swt. Andai kita berbuat demikian umpama kita cuba untuk berkrisis dengan Allah, dan berpunca dari itulah hati kita akan terasa tidak tenang resah. Beliau berkata sungguh indahnya kalau kita dapat mengamalkan ayat ini dalam kehidupan harian kita. Allah menilai dari hati, Allah SWT memandang hati setiap hamba-NYA, Maka hadapkanlah hati kita lurus keranaNya.

"Dalam diri manusia ada seketul daging, jika baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota badannya, tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." -Sabda Nabi S.A.W

Hati seumpama nakhoda dalam sebuah kapal, hati seumpama raja di dalam rimba..
Hati umpama enjin.. Hati lah pemerintah kerajaan badan..

Jagalah iman dan hati kerana disitulah jatuhnya pandangan Allah S.W.T. Allah tidak memandang harta, tidak menilai rupa, pangkat mahupun darjat. Semua itu sementara, semua itu akan hilang tatkala izrail datang menjemput kita. Rugilah kita andai Allah memalingkan pandangannya kerana Hitam Dan Buruknya Hati kita. Na'uzubillah Min zalik!

Allah S.W.T berfirman:
“Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mata hatinya) maka dia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya.” (Al-isra’:72)                                                                                                                                                                

Refleksinya; luruskan niat LILLAHI TA'ALA. Hanya dengan ilmu yg sedikit ini, semoga bermanfaat dan membuka hati ana & saudara/i .. Andai ada yang tersilap sila tegur ana. Ana ini insan yang masih lagi belajar, dan ingin belajar. Wallahu’alam…   ::Allahumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Wa'ali Muhammad::