"MAY THE ONE FOR WHOM YOU HAVE LOVED ME, LOVE YOU, IN RETURN"

"MAY THE ONE FOR WHOM YOU HAVE LOVED ME, LOVE YOU, IN RETURN"

~WAHAI JIWAKU~

" Ya Allah, letakkanlah dunia ini di tapak tangan ku tapi bukan di hati ku"

" Ya Allah, janganlah KAU uji aku dengan sesuatu yang tak mampu aku tempuhi, dan andainya KAU berikan aku ujian, maka kepilkan bersama ujian itu kekuatan untuk ku tempuhinya"

Thursday, March 31, 2011

Renovate ! Renew Hati Kita !



NAU'UZUBILLAH ~~
Agaknya kenapa hati memainkan peranan penting dalam menentukan siapa diri kita dan tindakan-tindakan dalam kehidupan kita? .Ini kerana iman itu letaknya di hati dan sejauh mana dan sedalam mana iman kita itu akan berkadar terus dengan corak kehidupan kita. Seandainya iman di hati kita kuat dan mantap, maka cahaya keimanan itu akan memandu pemikiran dan tindakan kita di atas jalan yang baik dan diredhai Allah dan seandainya hati yang menampung iman itu tidak bersih dan lemah, maka iman tidak dapat menetap dengan kukuh di dalam hati, ini seterusnya akan mengundang pemikiran dan tindakan-tindakan yang negatif dan tidak disukai Allah. Oleh itu,menjadi kewajiban kita untuk selalu membersihkan hati kita dari penyakit-penyakit hati dan sifat-sifat mazmumah agar hati kita sentiasa bersih dan seterusnya iman dapat menjadi teman setia dalam mengiringi setiap langkah dalam hidup kita.

Terdapat beberapa kaedah dan usaha-usaha yang perlu kita gerakkan dalam mencapai misi pembersihan hati ini dan perlaksanaan usaha ini hendaklah dilakukan dengan azam yang kuat dan tanpa ada masa untuk bertangguh-tangguh lagi. Ini kerana, apabila kita melambat-lambatkannya, maka akan bertambahlah penyakit-penyakit hati yang lain di hati, membiak dan terus menjadikan hati kita sebagai tempat permaustautin tetap. Di kala itu, hati yang yang pada mulanya hanya mempunyai satu dua titik hitam akan bertambah bilangannya dan seterusnya hitam keseluruhannya.

Dalam hadis Rasulullah yang bermaksud:

"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)

Mahukah kita mempunyai hati kotor seperti itu? Sudah pasti jawapannya tidak bukan?. Jadi usah biarkan hati kita menjadi hitam,hancur, kotor, rosak dan mati disebabkan ‘pendatang-pendatang haram’ yang masuk ke wilayah hati kita.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda maksudnya:
"Bahawa hati itu berkarat, seperti berkaratnya besi."

Lalu orang bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana membersihkanya?"

Jawab Rasulullah: "Membaca al-Quran dan mengingati mati." Membaca al-Quran dijelaskan di sini bagi membersihkan kekotoran di jantung yang didatangkan syaitan mengikut saluran darah.

Dari sabda Rasulullah s.a.w di atas, dapat kita tahu bahawa langkah utama dalam mengembalikan hati yang bersih dan suci ialah dengan membaca Al-Qur’an dan mengingati mati. Membaca Al-Qur’an hendaklah dilakukan sekali dengan mentadbur isi kandungannnya agar kita dapat memahami setiap ayat yang kita baca dan agar ketaqwaan kita kepada Allah semakin bertambah.

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan sebaliknya Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (Al-Isra’ :82)

Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata). (Fussilat :44)

Usaha-usaha lain yang boleh kita lakukan ialah dengan berfikiran positif selalu. Berfikiran positif amat penting supaya penyakit berburuk sangka kepada orang lain tidak wujud dalam kehidupan seharian kita. Apabila kita berfikiran positif, maka akan terhapuslah sifat suka berburuk sangka dan seterusnya sifat bersangka baik (husnuzh zhan) akan mengambil alih tempat di hati kita. Selain itu, berrfikiran positif juga akan menenangkan pemikiran dan hati kita daripada terus memikirkan perkara-perkara yang tidak benar.

Allah berfirman yang ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
(Q.S Al-Hujuraat : 12)

Rasulullah s.a. w pernah bersabda :
“Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta” (HR. Muttafaqun alaihi)

Apabila telah sampai kepada kita tentang informasi atau khabar negatif mengenai peribadi seseorang atau berita lain yang kita tidak pasti akan kebenarannya, maka kita seharusnya melakukan tabayyun (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya agar perkara yang berunsur dusta (tidak benar) dan fitnah tidak tersebar dan yang lebih penting agar hubungan ukhwah islamiyah antara kita tetap terpelihara.

Allah berfirman yang ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
(Q.S Al-Hujuraat : 6)

Rasulullah s.a.w bersabda :
“Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta." HR. Bukhari

Khalifah Umar bin Khattab menyatakan: Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan.

Langkah lain ialah dengan mengambil sedikit masa untuk muhasabah diri sendiri. Seringkali kita lupa untuk melakukan perkara ini padahal muhasabah dengan niat untuk menyelidiki apa yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita dan menginsafi diri amat penting ke arah menjadi hamba Allah yang lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Hanya dengan bermuhasabah tidak cukup, ini mestilah diikuti dengan usaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri menuju pembentukan diri yang lebih baik agar kesilapan yang sama tidak berulang buat kali ke dua.

Antara amalan-amalan lain yang boleh kita lakukan untuk membersihkan hati ialah dengan :
-Banyak mengingati Allah dengan berzikir.
-Memperbanyakan solat-solat sunat terutamanya solat taubat.
-Berdoa kepada Allah supaya hati bersih.
-Redha dengan ketentuan Ilahi. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.
-Jaga makanan supaya hanya bersumber dari rezeki yang halal, elakkan makan makanan yang syubhah.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh badan kamu, tidak juga kepada rupa kamu tetapi ia melihat kepada hati dan amalan kamu”. ( Hadis Riwayat Muslim).

ASAL USUL APRIL FOOL ? HARI MEMPERBODOHKAN UMAT ISLAM


Selain Valentines Day, terdapat satu lagi budaya barat yang meresap dalam diri umat Islam khusunya golongan muda iaitu Fool?s Day atau April Fool.

Jika Valentine Day disambut pada 14 Februari setiap tahun, maka April Fool pula berlaku pada 1 April setiap tahun.Mereka yang meniru budaya ini merasakan seri persekitaran itu akan hilang apabila peristiwa-peristiwa itu tidak diraikan. Apa yang dibimbangi ialah pemikiran seperti ini terus berleluasa hingga satu masa nanti, ada yang mengatakan ia tidak bertentangan dengan Islam. Disedari atau tidak, golongan muda menerimanya dengan membuta tuli tanpa usul periksa adakah ia bertentangan dengan batas syarak atau sebaliknya.

Menurut sejarah, Fools Day atau April Fool mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada ,Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian. Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.
Tentera Kristian ternyata tidak berpuashati dan cuba menghapuskan orang Islam dari bumi Sepanyol.

Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Di kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian
lagi sangsi dengan pemberitahuan itu.Mereka yang mempercayainya telah meninjau di pelabuhan dan berpuashati lalu memutuskan untuk bertolak pada keesokannya hari(1 April).

Keesokan harinya, mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar telah dibunuh tanpa mengira lelaki,perempuan atau kanak-kanak.

Peristiwa berdarah itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang kemudiannya menjadi acara tahunan. Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam merayakannya tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya meraikan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Masyarakat hari ini sebenarnya tidak mengetahui dengan jelas asal usul April Fool¡¯s. Selain boleh merosakkan akidah, budaya ini sebenarnya meniru gaya hidup kebaratan yang bertopengkan humor, gurauan,lelucon dan komedi. Bagi mereka, 1 April merupakan hari kejutan dengan berbagai perkara pelik,humor dan memalukan.

Namun apa yang dilihat hari ini ia banyak membawa unsur memalukan orang lain. Ia bukan sahaja memperbodohkan si pelaku tetapi juga yang menerima akibat bersesuaian dengan nama Fool itu sendiri yang bermaksud bodoh atau tolol. Jelas ia cuba menjatuh air muka dan martabat seseorang. Bagi yang bersikap selamba mungkin boleh menerima gurauan tersebut, tetapi bagi tidak dapat menerima pasti akan menyimpan persaan negatif dalam diri hingga akhirnya menjadi seorang yang pendendam hingga sanggup menjadi pembunuh. Ini merupakan sesuatu yang tidak diterima oleh landasan syarak.

Kita tidak wajar berkiblatkan budaya barat apatah lagi mengagungkannya kerana Islam agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya.Islam mempunyia adab dalam bergurau senda tanpa menganiyai orang lain.Selain menghormati orang lain, kita juga diwajibkan menutup keaiban orang
lain.

Bagi yang kurang memahami sejarah, mereka tidak merasakan apa-apa tentang budaya April Fool¡¯s tanpa menyedari bahawa ia merupakan satu penghinaan halus ke atas umat Islam.

Akhirnya, marilah sama-sama kita renungi sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
Kamu pasti akan mengikuti jejak-jejak orang-orang sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun, pasti kamu tetap mengikuti mereka?. Kami bertanya?Wahai Rasulullah SAW, Yahudi dan Nasrani?Baginda menjawab?Lalu siapa lagi(kalau bukan mereka)

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Disediakan Oleh:
Ust. Nordin bin Bayadi

SEDAR ATAU TIDAK APRIL FOOL KINI MENJADI BUDAYA MASYARAKAT KITA.. SEDANGKAN HARI INI DIRAYAKAN OLEH ORANG BARAT @ ORANG2 KAFIR..!! 

JADILAH ISLAM DENGAN KATA SEBENAR2NYA ISLAM,, BUKAN HANYA ISLAM PADA NAMA ATAU KETURUNAN ANDA..
ANDA BUAT ANDA DAPAT!

Wednesday, March 30, 2011

Kisah sahabat Nabi ; khalifah Umar Al-khatab

EPISOD 1

EPISOD 2

EPISOD 3

Tuesday, March 29, 2011

Pintu Rindu Siti Nurhaliza


Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x

Tidak ku temu mana pintu mu..
Untukku seru rasa rinduku..2x

Telah ku daki puncak tertinggi..
Telahku turun lembah dan gurun..2x

Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..2x

Sedang kau dekat bukan dimata..
Sentuhku erat di pinggir jiwa

Sedang kau dekat di pinggir jiwa..2x

Biarkan airmata melimpah..
Biarkan luluh cinta tercurah..

Segala kasih rindu tertumpah..
Seluruh hati aku berserah..

Ya Allah....

Ku tunggu waktu bila bertemu..
Hidup matiku hanya untukmu..2x

Hidup matiku hanya untukmu..