"MAY THE ONE FOR WHOM YOU HAVE LOVED ME, LOVE YOU, IN RETURN"

"MAY THE ONE FOR WHOM YOU HAVE LOVED ME, LOVE YOU, IN RETURN"

~WAHAI JIWAKU~

" Ya Allah, letakkanlah dunia ini di tapak tangan ku tapi bukan di hati ku"

" Ya Allah, janganlah KAU uji aku dengan sesuatu yang tak mampu aku tempuhi, dan andainya KAU berikan aku ujian, maka kepilkan bersama ujian itu kekuatan untuk ku tempuhinya"

Tuesday, March 26, 2013

Zikir penguat hati

Hazrat 'Abdullah bin Abbas r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Jika seseorang daripada kamu tidak mampu beribadat dengan bersungguh-sungguh pada malam hari, dan bakhil untuk membelanjakan harta (pada jalan Allah, khairat dan sebagainya) takut untuk berjihad menentang musuh maka hendaklah dia perbanyakkan zikrullah."

-(Hadith Riwayat Tobarani, Baihaqi dan lain-lain)

Melalui berzikir dengan sebanyak-banyaknya sebarang bentuk kekurangan pada ibadat-ibadat sunat boleh ditampung. Hazrat Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Zikrullah adalah tanda keimanan, kelepasan daripada sifat munafik,pemelihara daripada godaan syaitan dan penyelamat daripada api neraka."

Dalam sebuah hadith syaitan sentiasa menunggu untuk menguasai hati manusia. Apabila seseorang mulai berzikir maka syaitan pun tidak berdaya lalu berundur dengan hina. Sebaliknya apabila seseorang itu telah lalai daripada berzikir maka syaitan mula menggodanya. Lantaran itu para ulama tasawuf menganjurkan supaya memperbanyakkan berzikir agar syaitan tidak berpeluang untuk menggoda hati dan juga supaya hati menjadi KUAT sehingga dapat melawan nafsu syaitan.

Rahsia pencapaian kekuatan hati ke tahap tertinggi oleh para r.anhu ialah kerana mereka mendampingi Rasulullah s.a.w. Lantaran itu mereka tidak perlu lagi latihan tertentu semasa berzikir. Semakin jauh kita dari zaman Rasulullah s.a.w maka semakin bertambah perlunya kita kepada rawatan hati untuk menguatkan hati. Dewasa ini hati telah menjadi begitu lemah sehingga rawatan yang sebanyak mana pun tetap tidak dapat mencapai tahap kekuatan hati seperti sahabat r.a. Namun, sebanyak mana yang dapat diusahakan itupun tetap memberi faedah yang besar. Ini kerana sekiranya wabah penyakit dapat dikurangkan walaupun sedikit merupakan satu kebaikan.

Seorang wali Allah berdoa kepada Allah s.w.t supaya diperlihatkan cara syaitan menggoda hati manusia. Maka beliau diperlihatkan syaitan yang menyerupai seekor nyamuk duduk di sebelah kiri hati di bahagian belakang bahu. Di mulutnya terdapat satu belalai yang panjang seperti jarum yang ditujukan ke arah hati. Sekiranya syaitan mendapati hati manusia itu lalai daripada zikir maka dia akan menyuntik godaan dan racun kemaksiatan ke dalam hati tersebut.


No comments:

Post a Comment