"MAY THE ONE FOR WHOM YOU HAVE LOVED ME, LOVE YOU, IN RETURN"

"MAY THE ONE FOR WHOM YOU HAVE LOVED ME, LOVE YOU, IN RETURN"

~WAHAI JIWAKU~

" Ya Allah, letakkanlah dunia ini di tapak tangan ku tapi bukan di hati ku"

" Ya Allah, janganlah KAU uji aku dengan sesuatu yang tak mampu aku tempuhi, dan andainya KAU berikan aku ujian, maka kepilkan bersama ujian itu kekuatan untuk ku tempuhinya"

Saturday, September 17, 2011

Hadith sahih Imam Bukhari yang berasal dari Nabi Muhammad SAW yang berasal dari Allah SWT bahawa DIA berfirman:


"Cara hambaku untuk mendekatkan diri kepadaKu adalah dengan melakukan semua yang telah Aku fardhukan kepadanya. Hambaku yang selalu menjalankan semua yang Aku sunatkan maka dia Aku cintai dan Aku sayangi. Jika Aku telah mencintai dan menyayangi hambaku, maka Aku mendengar apa yang dia dengar dan melihat apa yang dia lihat, apa yang ada dalam genggamannya adalah kekuasaanKu dan apa yang dia jalani adalah sesuai dengan kehendakKu. Dia mendengar hanya keranaKu, dia mellihat hanya keranaKu, dia berjalan juga hanya keranaKu. Jika dia memintaKu maka Aku mengabulkannya, jika dia meminta perlindungan kepadaKu maka Aku memberi perlindungan kepadanya. Dia tidak akan bimbang dalam menjalankan sesuatu,kerana Akulah yang menjalankannya sebagaimana Aku menggenggam hamba yang beriman yang Aku jauhkan dari kematian ang menyakitkan dan Aku jauhkan dia bencana hidup yang meresahkan."


hadith diatas adalah hadith Qudsi yang berasal dari Tuhan SWT atau disebut hadith Qudsi yg secara luas atau secara tersirat makna hadith ini adalah bahawa Allah SWT mengharamkan seseorang utk memiliki sifat atau watak yang kotor dan hati yang keras. Secara global dalam hadith ini terkandung maksud bahawa sesuatu yang menyebabkan dicintai Allah SWT itu ada 2:

  1. Melakukan apa yang difardukan Allah SWT
  2. Menjalankan semua yang telah disunnatkan Allah SWT.
Allah SWT telah memberitahu kepada hambaNya bahawa sesuatu yang paling dicintaiNya yang dapat mendekatkan diri kepadaNya adalah menjadi hamba yang taat dan beribadah keapda Allah SWT dengan taat dan beribadah kepada Allah SWT dengan melaksanakan semua kewajipan serta yang telah disunatkan, dan menjauhi segala laranganNya.

Yang paling menjadi pendorong bagi seseorang untuk dicintai Allah SWT adalah melaksanakan semua sunat-sunatNya. Jika seseorang telah dicintai Allah SWT, maka semua permintaanNya akan dikabulkan dan akan dicintai oleh orang lain melebihi cintanya kepada selain dirinya.

Ertinya, di tengah2 masyarakat, dia akan menjadi seorang yang dicintai oleh mereka. Maka sesorang yang hatinya hanya mencintai, rindu dan bercita-cita untuk selain Allah maka akibatnya dia tidak akan mendapat kenikmatan yang abadi, dia akan mendapat kenikmatan yang sementara saja, dia akan merasakan hanya sekejap saja setelah itu kenikmatan berganti dengan kesengsaraan.

Kerana rasa cinta pada dasarnya akan menjadi watak seseorang yang kemudiannya menjadi cita2, jika semakin lama semakin dipupuk dan dikembangkan. Ertinya, jika cinta seseorang semakin kuat maka cinta itu akan menguasai dirinya dengan membuat seseorang menjadi hamba. Dalam sebuah makalah disebutkan bahawa barangsiapa mencintai sesuatu beerti dia mesti sedia menjadi hambanya.

Dan sesuatu yang rasional jika seseorang mencintai sesuatu maka apa yang didengar oleh kekasihnya dia akan mendengarnya dan jika melihat sesuatu maka kekasihnya juga akan melihatnya. Ini dipengaruhi oleh hubungan batin yang semakin lama semakin bersatu. Begitu juga jika seseorang mencintai Allah SWT maka Allah akan mencintainya dan jika Allah mencintainya maka apa yang dilihatnya dan didengar serta dirasakan olehNya,semua gerakannya akan diawasi oleh Allah SWT,sama ada ketikaa dia atau berjalan, ketika bangun atau tidur, ketika bahagia atau menderita, semua berada dalam pengawasan Allah SWT.

Hadis Qudsi ini membuktikan bahawa Allah SWT selalu bersama hambaNya dan hambaNya selalu berada dalam ingatanNya. Begitu juga Dia akan selalu berada dalam ingatan hamba-hambaNya dan Dia akan selalu berada dalam pendengarannya,penglihatannya,gerakan tangannya dan kakinya.

Sesuai lah dengan hadith:
"Aku akan selalu bersama hambaKu yang selalu mengingatiKu dan kedua bibirnya bergerak hanya keranaKu."-Riwayat Imam bukhari dan Muslim serta Ibnu Majah yg berasal dari Abu Hurairah r.a

Dan dalam firman Allah SWT disebutkan:
"Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita."
(At-Taubah-40)

Ketika seorang hamba telah selalu dekat kepada Allah SWT ,maka setiap saat hamba tersebut merasakan kerinduan kepadaNya, semua ketakutan akan berubah menjadi kesentosaan dan kehidupannya merasa tenteram, setiap kesukaran yang dihadapi dapat diatasi, setiap yang jauh menjadi dekat. Kerana hanya Allahlah yang menurunkan kesedihan,kegelisahan, kesukaran serta penderitaan. Oleh kerana itu, barangsiapa yang dekat dengan pencipta semua itu dia tidak akan diberi kesedihan,penderitaan dan kesukaran.

Maka jika disimpulkan hati manusia ini bagaikan ikan laut, jika terpisah dari airnya dia akan menggeliat dan kepanasan dan berusaha denga sekuat tenaga untuk kembali ke air yang menjadi tempat tinggalnya.

Ketika seorang hamba telah berjaya mendekatkan diri dengan Tuhannya, maka Tuhan juga akan dekat dengan hambanNya serta akan selalu memenuhi keinginannya dan permohonnanya.

Sesuai dengan firman Allah SWT:
"Jika dia (hamba) memintaKu maka sungguh Aku akan memberinya, jika dia meminta perlindungan kepadaKu maka sungguh Aku benar-benar akan melindunginya."


Doa Amalan (menurut jejak langkah rasulullah)

Allahummar zuqna mutaaba'atan nabi sallalhu a'laihi wasallama auwala waa khiran wazo hiron wabatinan waqaulan wafi'lan wa i'bada datan wa a'malan solihan


Ya Allah ! Kurniakanlah kepada kami ikutan jejak langkah junjungan Nabi Muhammad s.a.w sama ada permulaan, penghabisan, lahir, batin, perkataan, perbuatan, ibadat dan amalan yang soleh.

Tuesday, August 16, 2011

pagi tadi tgh drive~ alhamdulillah dapat tambah ilmu..

Deejay siti & latifah bersiaran seperti biasa di radio..

Bilal Bin Rabbah

KEPELATAN
Bilal yg merupakan muazin pertama pernah dikritik akan kalimah 'Asyhadu....lallah~' sebutan 'asy' iaitu 'huruf syin' yang kedengaran 'Ass' huruf 'sot' menyebabkan ramai yg mempertikaikan akan kebolehan Bilal dan memaklumkan kepada rasulullah. Rasulullah sejurus menerima pendapat sebahagian dari mereka yang hendak menggantikan bilal dengan orang yang lebih baik sebutannya. Namun demikian Rasulullah yg mengenali dikalangan kaum 'habsyi' mempunyai kepelatan atau kesukaran menyebut huruf 'syin'.. dan kemudian Rasulullah bersabda "Allah tidak menilai sebutan tapi keikhlasan hati hambanya".. Subhanallah~ Hanya Allah Yang Maha Mengetahui hati manusia..

RIAK
Demikian juga dikisahkan ketika para malaikat di kerajaan langit gusar,suram dan kehairanan dek kesunyian subuh di bumi, tiada kedengaran laungan azan .. Lantas malaikat Jibril turun menemui Rasulullah mempertanyakan perihal itu. "Tidakkah kamu solat subuh ya rasulullah?"tanya Jibril. Rasulullah yang kehairanan menjawab mereka bersolat berjemaah seperti biasa. Lalu malaikat Jibrail pertanyakan kembali "tiada laungan azan berkumandang di langit". Rasulullah mula menceritakan akan tempat bilal digantikan sebentar oleh muazin yg lain atas sebab tertentu. Lalu Allah swt merungkai kedua2 persoalan mereka dengan : 'tidak diangkat kelangit laungan azan dari mua'zin yang mempunyai perasaan 'riak' walaupun setitik'..Nauzubillah~


Monday, August 8, 2011

TATKALA NABI ADAM AS dikeluarkan dari syurga lantaran hukuman Allah swt terhadapnya, beliau telah menangis selama 300 tahun. Beliau malu untuk mengangkat kepalanya ke langit. Dirasanya terlalu berat tanggungan atau bebanan kemurkaan Allah dari ‘kesilapan’ yang dilakukannya. Demi untuk membersihkan diri yang terlanjur itu, beliau sujud menyembam muka ke bumi selama 100 tahun. Dengan hati yang terlalu hiba, beliau menangis semahu-mahunya. Airmata keluar mencurah-curah hingga mengalir menuruni jurang di gunung tersebut. Bayangkanlah banyaknya airmata orang yang mengenangkan dosanya sehingga air itu dapat dinikmati oleh burung-burung yang berterbangan.
           Begitulah hati yang lembut, mudah sahaja mengalirkan airmata taubat. Bagi para Nabi dan rrasul dan juga orang-orang soleh, iaitu orang-orang yang bersih hatinya, dosa dan kesilapan yang kecil dirasakan seperti gunung yang akan menghempap. Sebab itulah mereka menangisi dosa-dosa mereka semahu-mahunya. Memang mereka berhati-hati agar tidak melakukan dosa, namun sebagai manusia biasa, tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.
           Saiyidina Umar Al-Khattab (ra) apabila terdengar ayat-ayat Al-Quran tentang seksaan Allah swt, serta merta dia jatuh pengsan. Apabila dirawat oleh para sahabat, mereka dapati ada dua garisan memanjang di pipi beliau lantaran banyaknya airmata yang mengalir.
           Ka’bul Ahbar berkata: “Sungguh aku menangis kerana takut kepada Allah sehingga bertitisan, lebih aku sukai daripada aku bersedekah emas seberat timbangan diriku kerana tidak seorang pun yang menangis kerana takut kepada Allah Taala sehingga airmatanya berjatuhan di bumi kecuali dia tidak akan disentuh oleh api neraka.”
           Dengan rahmat Allah swt yang maha luas,cukup hanya dengan setitis airmata taubat, iaitu airmata kerana takutkan Allah swt, dapat menyelamatkan diri dari disentuh oleh api neraka.
           Justeru itu, marilah kita merenung ke dalam diri sejenak, berapa banyakkah kita telah menitiskan airmata kerana takutkan Allah swt? Kalaulah nabi adam yang hanya sekali tersilap/terlanjur itu menangisi kesilapan atau keterlanjuran sebegitu rupa, sepatutnya lebih-lebih lagilah kita yang memang sentiasa bergelumang dengan dosa.
           Tetapi tidak demikian yang berlaku, bahkan ada di antara kita yang masih boleh bergelak tawa dalam keadaan menderhakai Allah swt. Betapa biadapnya kita. Sudahlah buat dosa,sombong pula dengan Allah swt.
Yang lebih malangnya lagi, ada golongan yang merasa bangga melakukan perbuatan maksiat. Sehingga terpancar dari mulut mereka. “kalau semua orang nak masuk syurga,siapa yang nak masuk neraka.” Seolah-olah mereka sengaja menempah neraka dunia lagi. Wal’iyazubillah.
           Begitulah kalau hati sudah keras,usahkan hendak menitiskan airmata penyesalan, sebaliknya terasa diri 'gentlement’ dan ‘sporting’ tatkala melakukan dosa.
           Diterangkan dalam sebuah hadis, telah bersabda Rasulullah saw maksudnya :
           Apabila tiba hari kiamat, seorang hamba ditanya oleh Allah dan dihulurkan buku catatan amalannya. Di dalamnya,dia dapati banyak perbuatan dosa yang dilakukan. Maka dia berkata : 'Tuhanku, aku tidak mengerjakan semua dosa ini'. 
          Allah taala berfirman : “Sungguh, Aku mempunnyai beberapa yang boleh dipercayai.”
          Maka hamba itu berpaling ke kanan dan ke kiri dan tidak pula mendapatinya seorang saksi. Maka dia berkata : “ Wahai Tuhanku, di mana ada saksi?” Lalu Allah swt memerintahkan semua anggota badan hamba itu menjadi saksi baginya. Semua anggota badan pun menjadi saksi.
          Kata dua telinga: “Sungguh kami telah mendengar dan telah mengetahui bahawa sesungguhnya dia telah berbuat demikian.’
          Kata dua mata: ‘Sungguh kami telah melihatnya melakukan demikian.
          Dan demikian dua tangan dan dua kaki berkata: ‘Bahawa sebenarnya kami telah mengerjakan yang demikian.'
          Kata Faraj: ‘ Kami telah melacur!'
          Maka hamba itu dalam keadaan kebimbangan. Lalu Allah swt memerintahkan dia masuk neraka.
          Maka kelihatan dari mata kanan hamba itu sehelai bulu mata meminta izin kepada Allah Taala untuk berbicara. Allah swt pun member izin kepadanya.
          Kata bulu mata : ‘Wahai tuhanku, tidakkah Engkau telah berfirman,seorang hamba manapun, yag telah membasahi walau sehelai dari bulu matanya dengan airmata kerana takut kepada- Mu, maka Engkau selamatkan dia dari neraka.’
          Maka Allah Taala berfirman: ‘Ya, betul
          Lalu bulu mata berkata: ‘Saya telah menyaksikan bahawa sesungguhnya hamba yang berdosa ini telah membasahi aku dengan airmatanya kerana takut kepada Engkau.’
          Maka Allah swt memerintahkan dia masuk ke syurga. Kemudian ada suara berseru: ‘ketahuilah sesungguhnya fulan bin fulan telah selamat dari neraka hanya dengan sebab sehelai bulu mata dari kedua matanya.'
          Kenapa sampai begitu besar nilaian setitis airmata taubat?
          Kerana bukan sembarangan orang yang boleh untuk menitiskan airmata kerana takutkan Allah swt. Hanya orang-orang yang hatinya terlalu sensitive dengan kekuasaan Allah swt sehingga terasa takut dan terasa hebatnya Allah swt sahaja yang mampu berbuat demikian. Mereka inilah yang bila disebut tentang neraka, oleh kerana terlalu gerun dengan penyeksaannya maka akan mengalirlah airmatanya.
          Namun kebanyakan kita mudah menangis bukan kerana takutkan Allah swt, tetapi kerana putus cinta,berpisah dengan orang yang dikasihi, menangis apabila ditimpa bencana,menangis kerana gagal dalam peperiksaan, menangis kerana menonton drama atau wayang dan berbagai-bagai kerana yang lain. Yang kita takut, bukan saja airmata tersebut tidak dapat menyelamatkan kita dari neraka Allah swt kerana perbuatan tersebut. Seolah-olah kita tidak redha dengan ketentuan darri Allah swt. Demikianlah bezanya nilai setitis airmata.
          Berusahalah seboleh mungkin untuk menangisi dosa-dosa yang lalu. Moga-moga ia dapat menyelamatkan kita dari neraka Allah swt dengan rahmat-Nya. 




-HIMPUNAN KISAH ORANG2 SOLEH-

Tuesday, August 2, 2011

Nasyid oleh Fareast - Aman


BY FAREAST - AMAN

LAGU YANG SANGAT MENYENTUH HATI SAYA =)
meh sesame kita renung2kan ~


LYRICS -
Yang dulu ramainya kita miliki bersama
Ke mana hilangnya hidup yang bahagia
Kelembutan dalam bermesra
Kemanisan dalam bicara
Seni pekerti insan dunia
Si kecil kini merana yang tua rasa sengsara
Dalam sedar atau lena tiada hidup bersama

Persaudaraan lesu, kasih sayang kelabu
Mencium berdebu menjadi candu nafsu
Membangkai sanubariku tidak lagi cinta diburu
Yang ada cemburu melulu membunuh hatiku
Cintaku rinduku, jiwaku pada-Mu
Doaku pohon restu kasih-Mu sayang-Mu
Rahmat-Mu Tuhan Yang Satu
Kurniaan-Mu untuk hamba-Mu oh...

Gegak gempita bila segala berubah hala
Sandiwara bermula bermadah kata nista
Yang mana harus aku percaya
Wajah yang jujur berkata dusta
Gila kuasa tamak haloba pengaut harta dan sakit jiwa
Ikut ah... turut ah... ku sanggah...
Katamu janjimu tak perlu
Aku sahut ku berpaut tidak hasut bukan takut
Ku bukan pak turut

Kita harus bersatu, ayuh kita laungkan bersama
Suara keamanan sejagat manusia
Menyemaikan cinta, menyuburkan sayang
Agar dunia aman sentosa

Sayu satu sendu aku tahu itu mengganggu
Syahdu pilu jiwaku
Kerna cinta hanya tiba bila rasa kecewa
Hiba tanpa dirinya
Usah resah rasa susah endah pada tak gundah
Tumpah darah tak kisah
Bukankah insan telah dicipta saling kasihan untuk teguhkan
Kemanusiaan dan peradaban bukan alasan

Bukan pengkhianatan tapi keikhlasan dan kejujuran
Bukan pergaduhan bukan peperangan

Adakah mungkin, ada pemimpin mampu memimpin
Kami ingin dipimpin
Dari yang pedih, perih dan jerih
Harapkan kasih, sayang bukan ditagih
Harap yang keruh juga yang rapuh menjadi teguh
Mampu kita berteduh
Kacau beralih kini berkasih, sayang beragih
Nikmat Tuhan pengasih
Kedamaian keamanan

Kita harus bersatu, ayuh kita laungkan bersama
Suara keamanan sejagat manusia
Menyemaikan cinta, menyuburkan sayang
Agar dunia aman sentosa