"MAY THE ONE FOR WHOM YOU HAVE LOVED ME, LOVE YOU, IN RETURN"

"MAY THE ONE FOR WHOM YOU HAVE LOVED ME, LOVE YOU, IN RETURN"

~WAHAI JIWAKU~

" Ya Allah, letakkanlah dunia ini di tapak tangan ku tapi bukan di hati ku"

" Ya Allah, janganlah KAU uji aku dengan sesuatu yang tak mampu aku tempuhi, dan andainya KAU berikan aku ujian, maka kepilkan bersama ujian itu kekuatan untuk ku tempuhinya"

Wednesday, April 27, 2011

Umurnya tinggal enam hari sahaja lagi

Di dalam sebuah riwayat menceritakan mengenai seorang pemuda yang tampan telah menemui nabi Daud a.s. Dia telah memberi salam kepadanya sedang nabi Daud a.s sdang bertakhta seperti pengantin di malam pertama.

Malaikat maut masuk dan duduk di sisi nabi Daud a.s dan bertanya, "Adakah kamu mengenalinya wahai nabi Daud a.s? Nabi Daud a.s menjawab, "Ya! Seorang pemuda beriman yang menyintaiku. Kadang-kadang, dia ingin masuk ke istana dan melihatku." Malaikat Maut berkata, "Wahai Daud! Sesungguhnya, umurnya hanya tinggal enam hari sahaja lagi."

Nabi Daud menantinya dan baginda dapati umurnya telah melewati enam bulan tetapi belum lagi mati.

Malaikat Maut datang menziarahi nabi Daud a.s. "Wahai Malaikat Maut! Kamu kata hanya tinggal 6 hari sahaja lagi?" Malaikat Maut menjawab,  "Ya! Ketika umurnya melewati setahun dan aku ingin mengambil rohnya." Allah Taala berfirman, "Wahai Malaikat Maut! Lepaskan hambaku!" Sesungguhnya pada suatu malam dia telah keluar dan berjumpa dengan seorang fakir yang terdesak. dia telah memberikan zakat dengan hartanya. Fakir tersebut merasa gembira dan mendoakannya, "Allah Taala akan memanjangkan umurmu dan menjadikanmu sebagai sahabat nabi Daud a.s. di syurga keesokan harinya"


Permintaannya telah dikabulkan selepas dia menunaikan zakat hartanya dan bergembira. "Sesungguhnya Aku telah mewajibkan baginya enam hari kepada enam puluh tahun. dan, Aku telah menambahkannya dari sisiku lebih sepuluh tahun. Aku tidak akan mengambil rohnya melainkan sempurna ajalnya. dan sesungguhnya, Aku telah menentukan baginya sebagai sahabat kepada Daud di dalam syurga."


Maha Suci Allah Taala yang Maha Mulia.

Sabda Rasulullah s.a.w. :

"Setiap hari, akan turun daripada langit tujuh puluh dua kelaknatan. Satu kelaknatan untuk orang yahudi. Satu kelaknatan untuk orang kristian. Tujuh puluh laknat lagi kepada orang yang enggan membayar zakat. Setiap harta yang tidak ditunaikan zakat, tuan punya harta tersebut akan menjadi jahat dan hartanya akan disimpan (dijaga) oleh syaitan. Dan, setiap harta yang diberikan zakat, tuan punya harta tersebut, apabila dia mati dan harta yang berada di tangan waris telah dibersihkannya (zakat) atau belum, para malaikat akan sentiasa menulis baginya kebaikan hingga ke hari kiamat. Sekiranya para warisnya menunaikan zakat pada harta yang diwariskannya, tidak akan terhapus dari memukulnya. Tiada seorang daripada hamba ynag mengeluarkan zakat harta dengan jiwa yang bersih, melainkan dia akan datang pada hari kiamat denagn sekalung ikatan di lututnya ynag bercahaya. Orang mukmin akan memuliakan cahaya tersebut di hari kiamat sehingga dia pergi melintasi titian dengan diiringi cahaya tersebut. Dia akan memasuki syurga besrta dengan cahaya tersebut. Tiada seorang pun dari seorang hamba yang enggan membayar zakat, melainkan dia akan datang pada hari kiamat dengan seutas kalung dari api nereka. Sekiranya kalung tersebut diletakkan di dalam dunia, nescaya akan terbakar seluruh dunia. Gunung-ganang akan hancur dan air lautan akan kering."

Sebelum perkara yang akan menimpa manusia di hari kiamat menimpa diri kita, eloklah bagi kita semua bertaubat kepada Allah Taala. Sesungguhnya, Allah Taala itu, Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat.

No comments:

Post a Comment