"MAY THE ONE FOR WHOM YOU HAVE LOVED ME, LOVE YOU, IN RETURN"

"MAY THE ONE FOR WHOM YOU HAVE LOVED ME, LOVE YOU, IN RETURN"

~WAHAI JIWAKU~

" Ya Allah, letakkanlah dunia ini di tapak tangan ku tapi bukan di hati ku"

" Ya Allah, janganlah KAU uji aku dengan sesuatu yang tak mampu aku tempuhi, dan andainya KAU berikan aku ujian, maka kepilkan bersama ujian itu kekuatan untuk ku tempuhinya"

Thursday, March 17, 2011

Kisah anjing-anjing Neraka

Anjing-anjing neraka

                        Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
· Bacalah Al-Quran
· Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.


                        Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah s.a.w., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?" Sabda Rasulullah s.a.w., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah s.w.t."

Berapa sayang anda terhadap Nabi kita?

(pls 'mute' video dibawah sekali sebelum mendengar video ini)
Untuk video yang lebih jelas , klik button segiempat sebelah kanan video ini.

Buat diri sya,teman muslimin dan muslimat ;
Hayati dan Renung-renungkan...

Seberapa kenal anda dengan Rasul junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w, kekasih Allah s.w.t?

Tahukah anda bahawa kesenangan,kemewahan yang kita kecapi adalah hasil dari pengorbanan baginda dan sahabat2 terdahulu..

Adakah kita mengamalkan sunnah(perilaku Muhammad s.a.w) yang baginda tinggalkan untuk kita..?











ALQURAN SEBAGAI PEMBELA .. BACALAH!

Al-quran yang usang dek terbiar dalam masjid .. Kitab yang kita letak tinggi berdebu dek bertahun2 jadi perhiasan kabinet untuk tatapan. Adakah itu cukup menandakan kita seorang muslim ..? Al-quran kini hanya tinggal tanda SAHAJA, hanya terlihat apabila dibawa sebagai hantaran buat bakal isteri dan suami.. dianggap suci dan pelindung rumahtangga, namun? apa yang terjadi selepas itu.......... 

Saya bawakan suatu kisah buat tauladan bersama :

                        Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah s.a.w. telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah s.a.w. memberitahu tentang kelebihan Al-Quran." Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. "Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

                        Maka berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu: "Adakah kamu Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah s.w.t. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran."

Renung-renungkan saudara dan saudari.. inilah kitab peninggalan Nabi Muhammad S.A.W yang kita sanjungi ke atas kita umatnya. Jangan sia-siakan peninggalan ini yang akan membawa kita kepada kehidupan yang harmoni dan hakiki iaitu disyurga. Bacalah untuk bekalan akhirat.. dan amalkan.. 





Wednesday, March 9, 2011

23 years ..........

Assalamualaikum.......
Alhamdulillah....... syukur ku panjatkan ke hadrat ilahi kerana masih memanjangkan umurku..
azam : LEBIH BAIK DARI SEMALAM , Jadi orang bertaqwa kerana Allah s.w.t dan Rasul..
Thanks a lot mama,ayah.. kalian sentiasa disisi memberi sokongan,galakan dan semangat sepanjang 23 tahun ini...Hanya ALLAH s.w.t yg mampu membalas segala pengorbanan kalian selama ini.. T_T
Syukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang harmoni.. kakak yang caring, adek2 yang menghiburkan.... helai tawa kalian sentiasa memecah hening rumah ^__^ heppy,, -bahagia
sahabat! kalian sentiasa menemani ku tatkala ku kesepian .. tidak terbalas oleh harta kerna ku insan biasa namun doa dan nasihatku sentiasa seiring kalian. .

2/3/..
23 .. my fav no..! semoga permulaan tahun ini beroleh kesenangan dan semoga aku terlepas dari masalah-masalah dan perjalanan hari-hariku dipermudahkan .......bukakan pintu rezekiku.. jauhkanlah aku dari pengaruh-pengaruh,kawan-kawan yang jahat. kurniakanlah aku kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka..Ya Allah,jaohkan la aku dari fitnah dan lembutkanlah hati-hati mereka ini..Ampunilah dosa-dosaku.. semoga aku tergolong dari hamba-hambamu yang beriman..

Wednesday, September 8, 2010

PERGI - AIZAT (versi kuyui in memories)

tak taw...napa ku nak tulis pasal kuyui malam ni... maybe, i realy missed her.............sambil dengar lagi syhdu lagu aizat... T_T.

click 'play' to play the song...to enjoy this song,pls mute the song playlist below~ (on bottom page)

lyrics: hujan lebat mencurah kini~ bagaikan tiada henti.. (saat ni aku tanam kuyui..).............

         kau pergi~~ (sob32..too much cryin cha).. this song make me feel blue..

lyrics :~sepi tanpa kata..terdiam dan kaku tak daya kau ku lupa~~
apapun kata mereka~~biarkan kenangan berbunga diranting usia~~ ( hmm..speachless,dulu aku salu jak marah kuyui..aku tolak dia..aku tarik dia jaoh dari dustbin..aku kunci dia dlm sangkar sebab xnak dia 'join' aku mkan..aku sangka aku dpt belai dia lama2,tak sgka kuyui pergi dulu...kuyui diam bila kena marah..tanda redha dan reti...aku bwk dia jalan2.. tak sgka that evening ,last day aku dapat bawak dia jalan, yg plg aku suka ,-she's got new record archievement: aku suruh dia makan dia mkn.aku panggil dia datg,aku suruh dia balik dia balik..almost 70% dia dpt paham apa kau arahkan.. so pity kuyui~

someday~bila dgr mak cakap kuyui makin tenat...aku dah sakit hati,, entah, myb aku ego sbb aku tak dpt tgok and jg kuyui for the moment.. then, bila ku balik,mmg kuyui dh macam rangka,bejalan pun tak berdaya...
sungguh aku byk berdoa supaya kuyui cepat pulih.. aku bagi semua apa yg kuyui suka rampas dari aku kebiasaannya aku makan di meja... ayam goreng,ikan ect. tp... kuyui diam,,renung ayam tu,sampai semut yg 'take turn'.. aku cuba tngkan ati,then aku bwk kuyui jalan kluar 'dptkan' rumput..biasa klu kuyui 'sakit' dia kan cari ubat sndiri ................... tp kuyui duduk tng d rumput...
aku risau tp aku kurung balik kuyui dlm cage ,,,,,,,,,,,,

sdar tak sedar esoknya......................... kuyui baring sambil mata terbuka,,, aku mula resah.. aku kerap buat kuyui terjaga dari khayalan.. tp usahaku percuma,lepas saja berbuka puasa..aku mula tak sedap ati tgok kuyui mula keluarkan 'tahi' dlm keadaan berbaring dan dlm kuantiti yg byk............. huhh (aku mngeluh pun tak guna) dlm jam 9suku.. bg oboy bgtaw,kuyui tak bergerak.. bila ku jenguk... kuyui pergi dalam keadaan memeritkan hati aku...

isk3~~~~~

aku tak sgup tgok kuyui~~~~~

jelas tangisanku bila saat aku keluarkan kuyui dari 'cage', kuyui terbaring dengan kukunya tersangkut pada cage..aku lepaskan sebelah..sebelah lagi tersgkut...seperti kuyui 'enggan' pergi.. aku keluarkan kuyui dgn smpurna dengan harapan aku takkan cecderakan kuyui seperti mana aku cederakan dia masa dia hidup... aku letak kuyui di tepi 'cage' willey sbentar,, sempat aku tertoleh willey sambil kakinya mnggerak2kan kepala 'temannya' yang telah pergi...................aku sedih ,air mataku tak dapat dibendung lagi melihat 'perpisahan' makhluk tuhan itu............ walaupun tanpa kata2..tp ssepertinya ku mengerti melihat telatah mereka yg akrab,berkejarkejaran...bercakaran..semua saat2 itu mula terbayang.. ku padam seketika itu aku teruskan untuk menanam kuyui.........

hujan lebat mula membasahi... aku gagahi juga mnanam kuyui di belakang rumah..........ku hayun cangkul untuk menimbusi jasad kaku kuyui..bersemadi lah kuyui dalam hujan ... hanya airmata ku titiskan saat perginya kuyui.................................................... =_= .

tu la kisah ku dan sahabat ku~
ps: hargailah sahabat anda sebelum dia pergi,...........................from deepest heart...........